spot_img

(Video) Keadaan Terkini Jambatan Gantung Di Gemas Yang Tenggelam Akibat Banjir

- Advertisement -

SUSULAN hujan lebat berterusan yang berlaku di beberapa negeri seluruh Malaysia sejak kebelakangan ini, beberapa daerah di negeri terlibat dilaporkan telah dinaiki air.

Hari ini, tular video rakaman warga net yang menunjukkan keadaan terkini sebuah jambatan gantung di Negeri Sembilan, tepatnya di Kampung Pasir Besar, Gemas yang runtuh akibat kenaikan paras air di kawasan berkenaan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat jambatan gantung berkenaan ditenggelami air sungai yang keruh. Jambatan gantung itu dikatakan menghubungkan Kampung Pasir Besar dan Kampung Kurnia.

- Advertisement -

“Itu dia keadaan jambatan gantung, tak tergantung lagi dah. Dah menyelam dalam air. Air makin lama makin naik, mengalahkan teh tarik,” kata pengunggah dalam video tersebut.

Semalam, media melaporkan tiga laluan di Gemas ditutup dari kedua-dua arah akibat banjir. Laluan-laluan terlibat termasuk Jalan FT001 Gemas-Tampin di jambatan Sungai Gemencheh Seksyen 226, Jalan FT001 Gemas – Tampin Seksyen 219 dekat dengan simpang Kem Syed Sirajudin dan Jalan Negeri Felda Jelai 2 – Pasir Besar N53 Seksyen 5.5.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL