spot_img

Lagi Kes Ambulans Terpaksa “Mengalah” Kepada Laluan VIP Berlaku Di Kuala Lumpur

- Advertisement -

SEBELUM ini tular video ambulans terpaksa berhenti kerana perlu memberikan laluan kepada konvoi Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan.

Hal tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Terbaharu, sebuah video dikongsikan pengguna TikTok @5zonesmy memaparkan situasi ambulans terpaksa berhenti untuk berikan laluan kepada konvoi VIP. Video diakhir artikel ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur-Seremban Express Highway dan dapat dilihat banyak kenderaan terpaksa berhenti semata-mata mahu melancarkan perjalanan konvoi VIP tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa tidak senang dengan situasi tersebut.

- Advertisement -

Mana tidaknya, rata-rata netizen mengatakan seharusnya ambulans diberikan keutamaan bukannya konvoi VIP tersebut. Malah, para netizen turut mengecam tindakan seperti ini kerana golongan VIP tersebut seperti tidak boleh sabar sebentar dan hanya bersikap mementingkan diri.

Bukan itu sahaja, para netizen menuntut penjelasan daripada pihak polis berhubung isu yang berlaku ini. Ketika ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang tular di media sosial itu.

Rakaman yang tular

@5zonesmy VIP Goverment Car vs Ambulance! #malaysia #kualalumpur #sungaibesi #frontliners #lifesave ♬ original sound – 大马亚洲爆料公社

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL