spot_img

Pemergian Bapa Terpaksa Dirahsiakan, Ibu Sebak Baru Tahu Pemergiannya Ketika Pulang Dari Umrah

- Advertisement -

PEMERGIAN insan tersayang ketika kita tidak ada bersamanya memang sesuatu yang sungguh memeritkan dan menyedihkan. Lebih-lebih lagi jika pasangan hidup yang telah melalui susah senang bersama dan ketika pemergiannya kita berada beribu-ribu kilometer darinya.

Menangis lawat pusara suami

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @umiaisy apabila memuat naik momen ibunya yang baru sahaja tahu pemergian suami tersayang selepas pulang dari umrah sedangkan lelaki itu telah pergi menghadap Ilahi sewaktu dia masih di Kota Suci.

@umiaisy Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah. Sayu hati tengok mak. Al-fatihah ayah. #fyp #fypシ ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Tak mahu ibadah ibu terganggu

- Advertisement -

Menurut pengguna Tiktok itu lagi, mereka sekeluarga berpakat tidak memberitahu hal sebenar kepada ibu mereka supaya wanita itu tenang dalam melaksanakan ibadah umrah.

Oleh itu, dapat dilihat titisan air mata wanita warga emas berkenaan ketika membacakan yassin di pusara bapa mereka sesudah habis tempoh idah.

Tambah @umiaisy lagi, sepatutnya bapa mereka turut menyertai ibu untuk ke Mekah, namun tiba-tiba jatuh sakit dan membuatkan ibunya berangkat seorang diri ke sana.

@umiaisy Reply to @pinky_fna95 Rupanya ni pandangan terakhir mak untuk ayah. Ayah pergi buat selamanya tanpa mak ada di sisi. #fypシ #fypdongggggggg ♬ suara asli – _
- Advertisement -

Ibu kurang sihat sejak di Mekah

Sesudah pulang ke Tanah Air dan dimaklumkan perkara sebenar, ibunya yang memang kurang sihat sejak di Mekah menjadi semakin lemah sehingga perlu ditenangkan anak-anak.

@umiaisy Reply to @humaieah saat dia sampai, dia dah makin lemah. Lepas tu terus kena tahan wad. #fypシ ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

- Advertisement -

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa sebak melihat situasi berkenaan kerana tahu akan kesedihan yang dirasai saat pemergian orang tersayang.

Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan tindakan anak-anak yang tidak memberitahu pemergian bapa  sewaktu ibu  di Mekah, namun pihak keluarga lebih mementingkan kesihatan wanita itu yang dimaklumkan agak lemah semasa dalam umrah.

@umiaisy Reply to @dimitri_xanthos Doakan mak kami sihat-sihat sentiasa. Memang elok bagitaw masa kat sana. Tp,kami fikirkan kesihatan mak kami. #fypシ #xyzbca ♬ sholawat nariyah V2 – stay حلال

Akan tetapi, pihak mutawif sudah pun diberitahu awal tentang perkara tersebut dan mereka juga sudah melakukan solat jenazah ghaib tanpa pengetahuan ibu di sana.

Sumber: TikTok @umiaisy

Dari Meja Admin: Bertabahlah makcik dan sekeluarga. Memang berat rasa hati ni apabila kehilangan orang yang kita sayang. Lumrah kehidupan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL