spot_img

Penunggang Basikal Jatuh Selepas Dihimpit Viva Di Jalan Sehala Cetus pertikaian Netizen

- Advertisement -

WALAUPUN sudah bertahun-tahun media sosial berkongsi berita, rakaman video kemalangan di antara penunggang basikal dengan kenderaan yang lebih besar daripadanya, namun ada segelintir yang masih berani mengayuh basikal di jalan raya utama.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam kejadian kemalangan melibat dua orang penunggang basikal dengan sebuah kereta Perodua Viva di satu jalan sekitar kawasan Alor Setar, Kedah. Video diakhir artikel ini.

Dalam rakaman video dashcam yang kini sedang menjadi bualan netizen, kelihatan ada tiga orang penunggang basikal sedang mengayuh di laluan kecemasan jalan raya itu.

- Advertisement -

Dua orang penunggang basikal yang berada di hadapan terpaksa masuk ke dalam laluan utama kerana laluan kecemasan yang digunakan mereka telah ditutup dengan penghadang jalan.

Sejurus mereka masuk ke laluan utama, kedua-dua individu telah mengayuh basikal di bahagian bahu jalan dan tidak mengganggu trafik. Namun, Perodua Viva tersebut ibarat ‘menghimpit’ basikal dan menyebabkan kemalangan. Ada kemungkinan pemandu Viva ‘terkejut’ dengan motosikal yang memotongnya dari arah kanan jalan sebelum kemalangan.

Kedua-dua penunggang basikal itu terjatuh serta-merta setelah berlanggar antara satu sama lain. Manakala pemandu Viva itu pula mengambil keputusan untuk melarikan diri sejurus kemalangan tersebut berlaku.

- Advertisement -

Rakaman video itu telah meraih perhatian netizen yang mempertikaikan siapakan yang bersalah dalam insiden terbabit. Ramai yang menyalahkan penunggang basikal terbabit kerana mengayuh di jalan raya.

Pada masa sama juga, ada netizen yang menyalahkan pemandu Viva tersebut kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling semasa membawa kereta.

Nasib kedua-dua penunggang basikal itu agak baik kerana kereta yang merakam kejadian tersebut sempat mengelak daripada berlanggar sejurus kemalangan berlaku.

- Advertisement -

Pemandu kereta itu juga turut memberhentikan kenderaannya dipercayai mahu membantu dan difahamkan kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Baik pemandu kereta atau penunggang basikal, perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling supaya kemalangan dapat dielakkan.

Rakaman yang tular

Reaksi warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL