spot_img

“Tak malu ke kerja cleaner?” – Demi Ibu Dan 2 Adik, Wanita Ini Jadi Tukang Cuci Sejak Umur 19 Tahun

- Advertisement -

TIADA istilah malu dalam diri wanita ini demi seorang ibu dan 2 adiknya. Alang mula bekerja sebagai tukang cuci sejak berusia 19 tahun.

Menurut Noraini Hamzah, 28, dia tidak pernah berahsia soal pekerjaannya, malah bangga apabila dapat berbakti kepada masyarakat sebagai tukang cuci.

Mesra disapa Alang, wanita dari Lanchang, Pahang itu menceburi bidang kerja berkenaan sejak berusia 19 tahun.

- Advertisement -

“Selepas tamat persekolahan, saya terus bekerja sebagai cleaner. Pertamanya, lokasi tempat kerja dekat dengan rumah.

“Kedua, gaji juga Alhamdulillah mencukupi untuk saya. Lagi satu, saya tak pernah memilih kerja, saya terima seadanya.

“Saya seronok dengan kerja ini. Di tempat kerja, saya juga banyak bergaul dengan cleaner yang berusia. Walaupun muda, saya boleh ‘masuk’ dengan mereka semua,” ujarnya.

@alanggofficial.06 #ditaja rezeki allahh, takpernah malu jadi tukang sapu sampah..banyak pengalaman.. #fyp #fypシ #alangofficial #hakakcleaner😻 #kuli ♬ original sound – Merciful Servant
- Advertisement -

Menurut Alang, dia bertugas sebagai pekerja pembersihan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Temerloh sehingga tahun 2017.

Dia kemudiannya berhenti kerja dan beralih bidang untuk menjadi pengasuh di sebuah taska selama tiga tahun.

- Advertisement -

“Saya kerja sebagai cleaner sejak tahun 2013 sehingga 2017. Kemudian, selama tiga tahun saya kerja taska. Pada bulan November tahun lepas, saya kembali bekerja sebagai cleaner.

Alang baru sahaja mendapat kerja baharu sebagai pengasuh di taska.

“Kemudian, kali ini saya dapat kerja di sebagai pengasuh di taska sekali lagi. Rezeki saya pusing-pusing di tempat sama. Saya terima saja rezeki ini,” ujarnya.

Menurut Alang lagi, dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya bersyukur dapat mencari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.

Dedah Alang, dia sudah tiga tahun berkahwin, namun berjauhan dengan suami yang kini bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur.

“Ketika bekerja, ada pelajar pernah tanya saya sekiranya saya malu bekerja sebagai cleaner? Saya kata saya tak pernah malu.

“Rezeki saya di situ. Saya bukan nak cari musuh. Tapi cari rezeki untuk keluarga dan adik-adik. Saya tak malu pun, sebaliknya saya suka.

“Suami pula bekerja Kuala Lumpur. Jadi saya duduk di kampung bersama emak dan dua adik. Saya duduk sini untuk tanggung mak dan jaga dia. Ayah pula dah 13 tahun meninggal,” ujarnya.

Alang turut berkongsi kisah mengenai dirinya di TikTok.

Dalam pada itu, Alang yang juga anak keempat daripada enam beradik turut terkejut apabila video mengenai kisah hidupnya tular di TikTok.

Kata Alang, dia sekadar berkongsi secara suka-suka dan tidak menyangka akan dihujani komen positif oleh netizen.

“Awal-awal saya risau juga sekiranya akan ada komen negatif. Tapi Alhamdulillah, semua baik-baik. Saya memang tak sangka, saya cuma nak kongsi video saja.

“Saya terharu ramai yang doakan saya. Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita.

“Tak perlu malu kerana ia rezeki Allah. Biarlah apa orang nak cakap, duit yang kita dapat bukan orang yang bagi. Semuanya dari Allah,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video Alang yang dikongsi ke Tiktok sudah meraih lebih 150,000 tontonan.

Psstt: Kalau tak ada pekerja cleaner, tak tahulah apa jadi. Bagi korang, hina ke kerja cleaner ni? Orang tempatan memang tak boleh kerja macam ni ke?

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL