Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tak Mampu Nak Sara Anak, Bayi Ditemui Dalam Kotak Beserta Nota Dari Ibunya
spot_img

Tak Mampu Nak Sara Anak, Bayi Ditemui Dalam Kotak Beserta Nota Dari Ibunya

- Advertisement -

SEORANG bayi dijumpai di dalam sebuah kotak bersama-sama sekeping nota daripada seorang ibu yang terdesak kerana tidak mampu untuk menyara anaknya itu, memetik laporan New York Post.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Alaska. Ibu Pejabat Polis di Alaska telah menerima satu laporan mengenai penemuan seorang bayi pada jam 2 petang sehari sebelum sambutan Tahun Baru, lapor polis dalam satu kenyataan.

Suhu pada ketika itu mencecah satu digit, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

- Advertisement -

Bayi itu dilaporkan ditemui oleh seorang penduduk di bandar Fairbanks, Roxy Lane. Penduduk itu menjumpai bayi tersebut dalam keadaan dibaluti dengan selimut berhampiran peti surat rumahnya.

Dia kemudiannya menyiarkan rakaman mengenai bayi tersebut dengan satu nota yang ditinggalkan.

Berdasarkan nota yang ditemui, bayi tersebut dikatakan telah lahir pada 31 Disember 2021. Bayi itu dikatakan lahir 12 minggu pramatang.

- Advertisement -

“Ibu saya melahirkan saya pada masa dia sedang 28 minggu mengandungkan saya.” tulis nota itu.

Jelas nota itu, ibu bapa, datuk dan nenek bayi itu tidak mempunyai duit atau makanan untuk membesarkannya.

“Ibu saya sangat sedih untuk berbuat sedemikian.” tambah nota itu.

- Advertisement -

“Tolong bawa saya untuk bertemu dengan keluarga yang penyayang.” tambah nota itu lagi.

“Nama saya Teshawn.” tulis nota itu.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke Emergency Medical Services (EMS) tempatan dan bayi itu didapati berada dalam keadaan sihat, kata polis.

Menurut Lane, ibu bapa kepada bayi itu mungkin terlalu muda dan tidak tahu mengenai undang-undang Alaska yang membenarkan anak yang tidak diingini untuk dihantar ke hospital tempatan, gereja atau polis atau balai bomba.

Psstt: Sedihnya nasib si anak. Tak boleh bayangkan apa perasaan si anak bila sudah besar nanti. Harapnya segala urusan si ibu dan anak dipermudahkan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL