Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ritual Tolak Banjir JAIPk Buka Kertas Siasatan Terhadap Raja Bomoh
spot_img

Ritual Tolak Banjir JAIPk Buka Kertas Siasatan Terhadap Raja Bomoh

- Advertisement -

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu dikenali sebagai Raja Bomoh berhubung satu ritual menolak banjir dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial pada Rabu.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

“JAIPk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini.”

- Advertisement -

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci Al-Quran.

- Advertisement -

Lelaki yang memakai kot hitam, bertengkolok dan berselempang merah menyebut upacara yang dijalankan itu adalah upacara petua-petua di zaman dahulu.

“Kita minta semua tempat di Malaysia turun air, bukan kata di Teluk Intan sahaja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia,” katanya dalam rakaman video tular tersebut.

Dalam rakaman itu, ‘Puteri Zaleha’ juga didengar menyanyikan lagu ‘Mayang Sari’.

- Advertisement -

Menurut ‘Puteri Zaleha’, mereka merafak sembah kepada sungai yang berada di Teluk Intan dan telah melaksanakan tanggungjawab dengan mengharapkan semua penduduk hidup aman damai.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL