Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
"Adik Guna Akaun Azam" KP SPRM Mahu Heret Pemilik Twitter "Edisi Siasat" Ke Mahkamah
spot_img

“Adik Guna Akaun Azam” KP SPRM Mahu Heret Pemilik Twitter “Edisi Siasat” Ke Mahkamah

- Advertisement -

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung isu pemilikan saham-saham syarikat serta mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat.

Bagi Azam Baki, tuduhan itu dibuat untuk memburukkan reputasinya yang sudah bekerja lebih 30 tahun bersama SPRM. Justeru, tindakan undang-undang bakal diambil ke atas pihak-pihak tertentu dan pemilik akaun Twitter ‘Edisi Siasat’ turut berkemungkinan besar akan diheret ke mahkamah, katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Now.

Dalam laporan MalaysiaKini, Azam Baki telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya telah digunakan oleh adiknya iaitu Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

- Advertisement -

Pihak LPPR, yang dipengerusikan oleh Abu Zahar Ujang turut berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki bahawa ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau manfaat kewangan dalam pemerolehan saham tersebut.

Bagi beliau, tindakan berdiam diri adalah kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila membenarkan adiknya untuk membuat urusan urus niaga menggunakan akaunnya bagi membeli saham di pasaran terbuka.

- Advertisement -

“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM. Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).”

“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo!

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL