spot_img

Isteri Terharu Suami Dan Mentua Ikhlas Terima Kekurangan Dirinya Kerana Tidak Boleh Hamil

- Advertisement -

SETIAP wanita yang bergelar isteri juga ‘pemilik rahim’ pasti berimpian memberikan zuriat buat suami sebagai penyeri hidup. Bayangkan jika organ terpenting dalam sistem reproduksi wanita itu terpaksa dibuang? Terbayang lambat dikurniakan anak sahaja sudah cukup menyesakkan dada, apatah lagi jika mengetahui sudah tiada peluang untuk hamil langsung. Memang pahit untuk ditelan, begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang tabah dan cekal ini.

Rahim Tinggal Sikit ‘Dimakan’ Sel Barah Dan Sudah Tidak Berfungsi

Dipendekkan cerita, dia disahkan mengalami barah seawal usia 14 tahun hinggakan sebahagian besar rahimnya ‘rosak’. Kemudiannya, ia merebak pula sampai ke pangkal rahim sekali gus memaksa kedua-duanya organ terbabit dibuang terus kerana tidak akan berfungsi lagi. Meskipun percaya dengan rezeki Allah, namun secara logiknya diakui agak mustahil untuk dia mempunyai anak kecuali dengan kaedah ibu tumpang. Pun begitu, dia sedar cara tersebut tidak dibenarkan dalam agama Islam.

@happiestleaf Reply to @maktabah_ilham ♬ kiss the rain – yiruma

@happiestleafDraft♬ original sound – ayenyenyenye
- Advertisement -

“Inilah lelaki yang setia dengan saya walaupun dia tahu dia takkan berpeluang ada anak kandung”

Akan tetapi, suaminya tidak pernah memandang isu ketiadaan rahim itu sebagai suatu kekurangan. Buktinya, mereka telah selamat bernikah bahkan mendapat restu penuh daripada pihak keluarga. Kata wanita itu lagi, dia enggan menyembunyikan realiti tersebut untuk selamanya dan nekad berterus-terang kepada pihak bakal mentua sebelum ini. Syukur kerana dikelililingi orang yang baik-baik, semua perkara berjalan dengan sangat lancar.

@happiestleafmy ride or die 🤘🏻❤️♬ original sound – ayenyenyenye

@happiestleaf Reply to @ice_latter ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC
- Advertisement -

Doktor Berjaya Selamatkan Ovari Saya

Bercerita lanjut tentang perubahan selepas rahimmnya dibuang, wanita yang tampak ceria ini mendedahkan sudah tidak didatangi period lagi. Namun oleh kerana ovarinya masih ada, sekarang dia cuma mengalami simptom biasa haid misalnya seperti perubahan emosi ataupun food craving. “Lepas operate buang rahim tu, memang saya dah tak period.”

@happiestleaf Reply to @simanorarafat ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

- Advertisement -

Kredit: TikTok happiestleaf

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL