Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
MACAU SCAM: 9,646 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Penipuan Macau Scam
spot_img

MACAU SCAM: 9,646 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Penipuan Macau Scam

- Advertisement -

SERAMAI 9,646 individu ditahan disyaki terlibat kes penipuan Macau Scam pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,585 kes Macau Scam telah disiasat melibatkan kerugian lebih RM560 juta.

“Kumpulan sindiket yang dikenal pasti ini turut melibatkan rangkaian di luar negara, ia menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

- Advertisement -

Mohd Kamarudin berkata, pihaknya turut mengesan taktik terbaharu sindiket Macau Scam yang memperdaya mangsa dengan menyatakan mereka layak untuk menerima insentif atau bantuan daripada kerajaan.

“Mangsa akan menerima panggilan daripada sindiket Macau Scam yang menyatakan mereka layak untuk menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian akan diminta untuk menyerahkan butiran peribadi dan kata laluan perbankan dalam talian kononnya untuk memudahkan proses pembayaran bantuan tersebut.

- Advertisement -

“Setelah butiran peribadi dan kata laluan diberikan, mangsa mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan,” katanya.

Kamarudin berkata, melalui pemantauan, sindiket Macau Scam didapati kerap mengubah modus operandi untuk memperdaya mangsa.

“Sindiket Macau Scam turut dikesan menggunakan modus operandi iaitu menyamar sebagai pegawai dari agensi penguat kuasa (polis, mahkamah dan Bank Negara),” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata, mangsa yang dihubungi oleh sindiket akan dimaklumkan bahawa akaun bank mereka sedang disiasat dan wang mereka akan dibekukan atau hilang.

“Bagi mengelakkan perkara ini, mangsa akan diminta untuk membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan mendaftarkan nombor telefon yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Setelah mangsa mengikut semua arahan yang diberikan, mangsa akan mendapati wang dalam akaun berkurangan,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, sebarang maklumat perbankan seperti butiran peribadi, kata laluan dan nombor telefon adalah data yang amat penting dan sulit.

“Maklumat-maklumat ini sama sekali tidak boleh dimaklumkan kepada orang lain khususnya individu yang tidak dikenali.

“Pihak polis juga tidak pernah meminta maklumat sebegini dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha membanteras kes-kes penipuan itu, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah.

“Sebarang kemusykilan mahupun nasihat berkaitan jenayah komersial, orang ramai bolehlah berhubung dengan pihak polis melalui CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL