Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Penjelasan Mengenai Kematian Sel Otot Jantung Yang Tular Baru Baru Ini
spot_img

Penjelasan Mengenai Kematian Sel Otot Jantung Yang Tular Baru Baru Ini

- Advertisement -

BERKENAAN Pak Cik yang meninggal dunia disebabkan Myocardial Infarction.

Kami ucapkan Takziah terlebih dahulu kepada ahli keluarga. Semoga arwah digolongkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sedikit maklumat berkenaan penyakit Myocardial Infarction

Myocardial merujuk kepada myocardium iaitu otot bahagian jantung. Otot jantung ini merupakan salah satu otot yang boleh berdenyut sendiri tanpa kawalan daripada otak. Maklumat denyutan jantung bermula dari Sinus Node kemudian merebak ke AV node di bahagian tengah dinding jantung dan kemudian masuk ke ‘bundle of his’ hingga ke seluruh permukaan bawah jantung melalui fiber purkinje.

- Advertisement -

 

Jika salah satu daripada laluan ini bermasalah ia akan menyebabkan jantung tidak boleh berdenyut dengan normal dan menyebabkan darah tidak dipam secara efisen ke otak.

- Advertisement -

Salah satu punca yang boleh menyebabkan maklumat denyutan jantung ini terganggu adalah serangan sakit jantung iaitu myocardial infarction.

Myocardial seperti diatas merujuk kepada otot jantung. Infarction pula bermaksud kematian sel. Myocardial infartion secara mudah bermaksud kematian sel otot jantung.

Ketika mana sel otot jantung mati, ia akan mengganggu perjalanan maklumat tersebut untuk denyutan jantung yang normal berlaku.

- Advertisement -

 

Ketika mana denyutan jantung menjadi tidak normal, maka tekanan darah akan jatuh dengan laju hingga menyebabkan darah tidak dapat di pam ke bahagian otak.

Ini boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Tetapi pak cik ini mengalami apa yang kita panggil sebagai ‘stupor’. Dia masih sedar, tetapi tidak boleh respons secara normal. Pergerakannya juga tidak normal dan mengeluarkan bunyi yang pelik tanpa membawa maksud.

Susah untuk orang biasa mengenalpasti punca kepada simptom ‘Stupor’ ini kerana ia juga boleh disebabkan pengambilan alkohol yang berlebihan, penggunaan dadah, keracunaan karbon monoksida dan lain-lain lagi.

Sebab tu akak yang rakam video ni cakap dia mabuk sebab orang mabuk pun boleh hadir dengan simptom ini. Cumanya bila jadi macam ini adalah lebih baik call ambulan terlebih dahulu. Tidak perlu viralkan video ini terlebih dahulu sehinggalah diketahui punca kenapa pak cik tersebut mengalami masalah ini. Kalau tak nak viralkan pun lagi bagus.

 

Sekian.

Sumber: Facebook Root of Science

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL