spot_img

Ini Cara Cara Bagaimana Nak Halau Penyewa Yang Bermasalah

- Advertisement -

INI cara ‘step by step’ nak halau penyewa yang bermasalah. Dilema kebanyakan pemilik kediaman yang menyewakan rumah mereka pada orang lain adalah bila timbul isu baharu.

Antara punca paling popular kenapa ramai pemilik kediaman ingin menghalau penyewa rumah mereka adalah:

-Penyewa sedia ada yang bermasalah

- Advertisement -

-Pemilik kediaman nak jual rumah pada kadar segera

-Dapat penyewa baru dengan kadar sewa lebih tinggi

-Ingin duduki rumah semula/berikan pada ahli keluarga terdekat

- Advertisement -

-Perselisihan faham & lemah pemahaman tentang perundangan

Setakat artikel ini ditulis, wujud banyak kes pemilik kediaman yang menghalau penyewa rumah mereka dan ini bukanlah satu isu baharu.

Cuma isu ini jarang dipaparkan di media cetak dan media sosial kerana melibatkan aib dan hak kedua–dua pihak. Akan tetapi, realitinya memang wujud dan mungkin berlaku pada jiran sebelah rumah anda sahaja.

- Advertisement -

Boleh jadi pemilik kediaman yang “bermasalah” begitu juga sebaliknya.

Sebenarnya, banyak kesan buruk daripada baik apabila pemilik kediaman menghalau penyewa rumah mereka secara membuta tuli.

Menurut Haeme Hashim yang juga peguam di Haeme Hashim & Co, tindakan pemilik kediaman ini boleh dicabar di mahkamah dan sudah tentu melibatkan kos yang tidak sedikit dan masa yang tidak sekejap.

“Berbanding Singapura, Malaysia tidak mempunyai sebarang peruntukan atau akta spesifik mengenai penyewaan rumah atau hartanah.”

Soalnya di sini, sah atau tidak halau penyewa rumah?

Jawapannya, tidak sah!

Kenapa?

Kerana hanya mahkamah sahaja yang berkuasa menghalau penyewa rumah anda, hatta rumah itu milik anda dan anda yang membayar ansuran pinjaman bulanan bank 30 tahun sekalipun.

Buat pengetahuan anda, di bawah peruntukan undang-undang, pemilik hartanah tidak mempunyai hak untuk sewenang-wenangnya menghalau penyewa keluar dari premis sewaan.

Peruntukan di bawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 telah menetapkan bahawa jika sesuatu rumah atau hartanah telah disewakan dan tempoh penyewaan itu ditamatkan lebih awal atau telah berakhir.

Tetapi penyewa masih terus menduduki hartanah tersebut, pemilik tersebut tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan premis sewaan itu kembali melainkan dengan prosiding di mahkamah.

Sebelum anda tahu cara untuk halau penyewa rumah yang sah, penting untuk anda tahu terlebih dahulu tindakan yang anda tidak boleh lakukan ke atas penyewa. Antaranya adalah:

Tidak boleh tukar mangga rumah tanpa kebenaran penyewa. Logiknya, jika berlaku kebakaran atau kemalangan, pemilik kediaman bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Masuk rumah sesuka hati tanpa memberitahu penyewa. Logiknya, anda dikira menceroboh kediaman orang awam dan boleh dicabar di mahkamah.

Sekarang, tibalah masa untuk cara halau penyewa rumah yang sah.

Step By Step Halau Penyewa Rumah Secara Sah. Langkah – langkahnya adalah dengan:

1. Saman Pemula

Sebagai pemilik kediaman, anda boleh mulakan dengan membuat permohonan mahkamah menerusi Saman Pemula untuk mendapatkan Milikan Kosong hartanah kediaman anda.

Logiknya kerana kediaman tersebut tidak kosong (berpenghuni).

2. Milikan Kosong

Proses ini mengambil masa sekitar 60 hari untuk mendapat penghakiman sebelum diserahkan kepada Penghakiman Milikan Kosong. Dan selepas itu, penyewa rumah ada masa 7 hari untuk keluar dari rumah tersebut.

Jika penyewa rumah enggan keluar dari rumah itu, pemilik kediaman perlu membuat permohonan Writ Milikan pula.

3. Writ Milikan

Proses ini juga mengambil masa anggaran 60 hari. Dalam proses ini, pemilik rumah perlu membuat temujanji dengan Bailik Mahkamah dan 2 orang anggota polis untuk hadir ke kediaman tersebut.

Tujuannya adalah untuk mengeluarkan penyewa rumah itu serta merta.

Akan tetapi, Bailif Mahkamah hanya akan pergi mengeluarkan penyewa rumah dari kediaman anda selepas menampal notis pengusiran dan memberi tempoh 7 hari kepada penyewa rumah untuk keluar.

Menjelang hari Bailif Mahkamah datang ke kediaman anda, penyewa rumah wajib keluar pada hari yang sama.

4. Harta Penyewa Sedia Ada

Pemilik rumah perlu menanggung segala kos untuk membawa keluar penyewa dan harta penyewa tersebut.

Ini bermakna, pemilik rumah perlu membawa bersama lori untuk mengangkut barang penyewa rumah tersebut.

Natijahnya, proses untuk menghalau penyewa secara “sah” ini sangat mahal dan lama. Anggaran kos adalah sekitar RM10,000 dan prosesnya ambil masa 4-5 bulan untuk selesai.

Apa yang paling penting, pastikan bekalan utiliti seperti air & elektrik adalah atas nama pemilik kediaman, barulah boleh potong utiliti untuk menghalau penyewa keluar dari rumah.

Pemilik kediaman juga kena pastikan terdapat peruntukan yang jelas dalam perjanjian sewa rumah bahawa pemilik berhak untuk membuat pemotongan air & elektrik apabila tempoh penyewaan ditamatkan lebih awal atau telah tamat.

Sayang sekali jika tiada peruntukan itu dalam perjanjian sewa rumah, ini akan mengundang masalah kepada pemilik kediaman sekiranya membuat potongan kerana tindakan ini juga boleh dicabar di mahkamah oleh penyewa rumah.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL