spot_img

Isu Jemaah Umrah Menipu Status Vaksin, “Rasa Kebal Dapat Tawaf Ramai-Ramai?” – Dr Izzar

- Advertisement -

DR. IZZAR suami kepada pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.

Kata Dr. Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia.

“Kalau saya dapat pergi buat umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi.

- Advertisement -

“Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi vaksin COVID-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.

“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya?

“Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dan meningococcal?

- Advertisement -

“Saya tak naklah macam tu. Saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana.

“Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya,” tegas Dr. Izzar.

- Advertisement -

Natijah daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu tambah Dr. Izzar akan mendatangkan risiko kepada semua pihak termasuk orang awam lain.

“Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa jemaah umrah lain juga.

“Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.

“Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah lain untuk menunaikan umrah dan haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi.

“Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban jemaah dari Malaysia disebabkan saya.

“Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan,” tambahnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.

Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL