PASTI cukup ramai yang mengenali gerangan ‘Abang Viva’, siap dijulang sebagai wira dan diberikan penghargaan. Tidak cukup dengan itu sahaja, ramai sekali pihak yang tampil ingin menghadiahkan pemuda tersebut dengan pelbagai ganjaran atas kebaikannya membantu orang ramai sewaktu bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri.
Enggan Menerima Sebarang ‘Gift‘
Sejak seminggu yang lalu, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kerap kali tampil menerusi sesi live di TikTok. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut mengakui agak kurang selesa menggunakan platform tersebut kerana enggan menerima sebarang ‘gift‘ yang diberikan pengikutnya.
@chik_raz Dia dh taknak korang bagi gift 🥲 #abgvivaviral #fypシ #fypdongggggggg #tiktokmalaysia ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS
Seronok Bermain Bot Tengah Bandar
Terbaru semalam, ramai sekali yang memuji pengorbanan pemuda tersebut menerusi ruangan komen sewaktu sedang live. Walau bagaimanapun, Abang Viva yang terkenal dengan sikap merendah diri mengatakan ia tidaklah seberapa. Malah sempat berseloroh konon kepergiannya ke sana hanyalah untuk merasai keseronokan bermain bot di tengah-tengah bandar serta kawasan perumahan.
@chik_raz Reply to @bzu999 ..main bot pegi 99 je 😂😂 #abgvivaviral #tiktokmalaysia #fypシ #fypdongggggggg ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali
Tak Selesa Disanjung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat wajah Azwan yang selamba saja ketika membuat lawak berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap humble pemuda berkenaan meskipun namanya sudah disebut merata-rata.
Kredit: TikTok Chik_raz
Semoga abang Viva ni tetap terus merendah diri dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus membuat kebaikan.
Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: