Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Unboxing Pengantin Jadi Trend Terkini Pasangan Baru Berkahwin
spot_img

Unboxing Pengantin Jadi Trend Terkini Pasangan Baru Berkahwin

- Advertisement -

BILA sebut mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah, bahagia dan semestinya ’till jannah’.

Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu ‘mendirikan masjid’ dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat.

Disebabkan itu, hari ini pelbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat.

- Advertisement -

Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sbagai ‘Wedding of the year’.

Sesetengahnya pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Namun kini timbul pula satu trend terbaharu iaitu ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’. Apa benda pula tu?

- Advertisement -

Ya, beberapa minggu kebelakangan ini tular di laman sosial terutama aplikasi TikTok, rakaman ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ yang menjadi ikutan pasangan pengantin terutama di kalangan wanita bertudung.

Hasil tinjauan, terdapat ramai juga yang menyahut cabaran itu dengan membuat rakaman pengantin lelaki membuka aksesori kepala dan tudung pengantin perempuan di hadapan cermin.

- Advertisement -

Dalam pada itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.

Pun begitu, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.

“Aib suami isteri simpan sendiri sudah lah. Terlalu taksub merakam untuk content sampah pun tak boleh juga. Itu satu trend yang tidak sihat.”

“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga.”

“Video macam ni simpan kat ampa sahaja la. Baru nikah kesian kat suami berapa banyak mata yang melihat.”

“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.”

“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula.”

Antara rakaman yang tular

@m4ddyy4 @syarulaiman06 ♬ original sound – M I N 💎

@nurfzm_ Knp lps settle smua majlis prmpuan akn suruh laki dia bukak Kn pin tudung ? 🤪 #unboxingbyhusband #21102021 ♬ original sound – BabyAngoh💋

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL