spot_img

Netizen Pertikai Iklan Kerja Sebagai Imam Rawatib Hanya RM900

- Advertisement -

UMUM mengetahui, gaji minimum telah dinaikkan sehingga RM1,200 dan isu gaji ini masih menjadi bualan ramai kerana tidak semua orang dibayar dengan setimpal.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy telah kongsikan gambar memaparkan iklan jawatan kosong sebagai imam rawatib di sebuah masjid. Apa yang mengejutkan adalah gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan kelayakan diminta.

- Advertisement -

Menerusi iklan tersebut, gaji ditawarkan hanyalah RM900 iaitu dibawah paras gaji minimum dan mahukan calon yang miliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya. Tidak hanya itu, mereka yang Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran atau miliki diploma dalam bidang Tahfiz al-Quran, pengajian Islam juga boleh memohon.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan gaji yang ditawarkan kerana tidak setimpal dengan kelayakan yang diminta.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan sewajarnya tawaran gaji ditinggikan kerana tugas seorang imam rawatib ini cukup besar. Mana tidaknya, waktu selain waktu solat juga akan dicari orang ramai untuk ‘consult’ perkara lain.

Menjadi bualan ramai, para netizen turut mengatakan hal seperti ini sering terjadi dan juga pekerjaan lain juga berdepan isu sama apabila tidak ditawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL