spot_img

Presiden Turkmenistan Mahu Tutup ‘Mulut Neraka’ Buat Selamanya Selepas 50 Tahun Terbakar

- Advertisement -

PRESIDEN Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov mengumumkan dia mahu menutup kawah api yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya.

Difahamkan, beliau telah mengarahkan para menteri untuk mencari pakar yang boleh memadamkan api dan menutup kawah gergasi yang terbakar itu.

Bagi tujuan tersebut, Berdimuhamedov mengarahkan barisan kepemimpinannya mencari mana-mana pakar di seluruh dunia yang boleh memadamkan api dalam kawah tersebut.

- Advertisement -

Kawah berapi tersebut berkeluasan 70 meter lebar, dan telah terbakar selama 50 tahun semenjak dari 1971 lagi. Difahamkan juga, api dari kawah ini boleh dilihat meskipun dari jarak jauh.

Kawah berapi yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ ini turut diberi gelaran sebagai ‘Pagar Neraka’ oleh penduduk di situ. Ia terletak di gurun Karakum, 257 kilometer dari ibu kota Ashgabat.

- Advertisement -

Sebelum ini, mereka pernah cuba memadam api tersebut kerana risau akan kesihatan penduduk berdekatan dan nyawa haiwan ternakan. Namun, api tersebut masih lagi menyala sehingga ke hari ini.

- Advertisement -

Berdimuhamedov mengarahkan kawah berapi itu ditutup kerana mendakwanya merosakkan keadaan sekitar.

Selain itu, kesihatan para penduduk turut terjejas akibat asap yang dikeluarkan dari kawah tersebut.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL