Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Jangan Tuduh Pembalakan Sebagai Asas Kemusnahan Hidupan Liar
spot_img

Jangan Tuduh Pembalakan Sebagai Asas Kemusnahan Hidupan Liar

- Advertisement -

SHAH ALAM – “Jangan tuduh aktiviti pembalakan sebagai asas kemusnahan hidupan liar,” kata bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Ujar beliau, kelemahan pihak penguat kuasa seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) dalam mengawal jalan masuk antara punca yang menyebabkan pemburu dapat memasuki hutan dan membunuh hidupan liar.

Beliau berkata, Perhilitan sepatutnya meningkatkan penguatkuasaan kawalan di kawasan-kawasan strategik bagi menghalang kemasukan pemburu-pemburu haram dalam hutan.

- Advertisement -

“Yang penting ialah jalan masuk. Jika ada pembalakan walaupun haram atau tidak haram, tetapi sekiranya jalan masuk tidak dikawal, maka pemburu-pemburu haram dapat masuk dan guna jalan itu untuk menembak serta membunuh hidupan liar.”

“Bukan salah hutan simpan, hutan kerajaan negeri dan bukan salah hutan secara amnya. Ini harus kita faham,” katanya.

Salleh ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rasuah, Tsunami Balak dan Bah’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rasuah, Tsunami Balak dan Bah’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

- Advertisement -

Turut hadir serta menjadi panelis pada program itu ialah Exco Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Damian Thanam Divean dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Mengulas lanjut, Salleh yang juga Penasihat Kanan Persatuan Pencinta Alam Malaysia tidak menafikan aktiviti pembalakan menyebabkan habitat musnah, secara tidak langsung menjadi punca mendorong kepada kepupusan hidupan liar.

“Binatang liar, mereka bukan bodoh. Apabila berlaku sesuatu, mereka akan lari. Penebangan balak di hutan secara terkawal dan mengikut sistem perhutanan, akan pulih semula dalam tempoh lima tahun jika dibiarkan.”

- Advertisement -

“Soalnya, pemburu-pemburu haram ini, mereka masuk mengikut jalan-jalan (tertentu) dan sewenang-wenangnya pergi menembak (hidupan liar).”

“Oleh itu perlu dikawal jalan masuknya dan Perhilitan terus mengawal tempat-tempat strategik supaya jangan membenarkan pemburu-pemburu haram ini masuk,” ujar beliau.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL