spot_img

Remaja “Jenazah” Cuba Curi Tabung Masjid Mendapat Ramai Perhatian Dari Netizen

- Advertisement -

MENCURI adalah satu perbuatan yang salah dan tidak patut untuk dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun. Bermula dengan mencuri dengan cara kecil-kecilan, ia akan mendorong kepada jenayah yang lebih berat serta boleh mengganggu ketenteraman orang awam.

Namun, baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang remaja lelaki yang videonya tular gara-gara dimandikan seperti “jenazah” oleh pengurusan sebuah masjid telah pun dihukum penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000 oleh mahkamah Majistret kerana cubaan mencuri tabung masjid berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah prosiding dijalankan dan ia diwakili oleh peguam tertuduh iaitu Azman Abdullah yang bertindak secara suka rela (pro bono) memohon mahkamah agar mengenakan hukuman yang ringan.

- Advertisement -

Peguam tersebut juga menyertakan beberapa alasan seperti pengakuan yang dilakukan itu menjimatkan masa perbicaraan mahkamah.

Namun, netizen tertarik dengan alasan utama iaitu tertuduh berada didalam keadaan yang terdesak untuk menggunakan wang ketika kejadian kerana datuknya sedang sakit dan memerlukan wang perbelanjaan untuk perubatan.

“Tertuduh merupakan seorang anak sulung dan ibubapanya telah bercerai sejak berusia lapan tahun (darjah dua). Dia tinggal bersama datuknya yang berusia 70-an dan mereka bukan orang yang senang. Makan minum juga daripada sedekah jira -jiran”, kata peguam itu.

- Advertisement -

Malah, peguam itu turut menambah, tindakan mengambil video dan menyebarkannya di media sosial adalah tidak wajar dan ia secara tidak langsung akan menyebabkan tertuduh tertekan.

Susulan cerita disebalik cubaan mencuri tersebut, ramai netizen simpati dengan keadaan tertuduh. Ramai yang cuba menghulurkan bantuan.

Ini kerana mereka berpendapat sepatutnya pihak masjid tidak perlu bawa kes tersebut kepada pihak berkuasa kerana dia telah pun dihukum dengan memandikan pesalah tersebut dengan cara mandi jenazah serta videonya tersebar meluas di media sosial.

Hukuman ‘Double’

- Advertisement -

Mendidik Dahulu Bukan Terus Menghukum

Selain itu, ada juga sesetengah netizen berpendapat bahawa keadaan remaja tersebut yang baru berusia 19 tahun itu perlulah dididik  terlebih dahulu memandangkan dan tidak perlulah sampai kepada pihak berkuasa jika diambil dari sudut alasan pesalah tersebut kerana ia akan menyebakan remaja tersebut mempunyai rekod jenayah serta menyimpan dendam kepada orang-orang yang terlibat.

Malah mereka berpendapat sekiranya hukuman `mandi jenazah` sudah cukup untuk mendidik pesalah dan berharap pesalah tersebut akan insaf berserta hukuman sosial.

Asbab Kejadian Ini berlaku

Dalam pada itu, ramai netizen juga berpendapat bahawa ini merupakan salah satu asbab kejadian ini berlaku untuk pihak pengurusan masjid lebih peka terhadap permasalahan masyarakat sekeliling dan memberikan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Bahkan mereka juga menyatakan bahawa pihak masjid perlulah mempunyai rasa simpati dalam menghukum pihak remaja tersebut dengan tidak memviralkan video tersebut kerana dikhuatiri remaja tersebut akan menyimpan dendam yang tidak baik.

Menurut salah satu komen, Rosmazlan Hj Abd Rashid menyatakan bahawa sepatutnya AJK masjid tersbut perlulah menjejaki asbab remaja tersebut menga ia bertindak sedemikian. Beliau juga mengakui mencuri tetap salah dan ianya memang salah untuk dilakukan, namun beliau mempersoalkan apakah tujuan sumbangan orang ramai sekirnya ia tidak digunakan sebahagiannya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.  Malah beliau turut mendoakan agar remaja tersebut diberikan hidayah dan dibukakan pintu rezekinya selua-luas alam.

Undang-undang lebih kepada menghukum bukan mendidik

Ada juga segelintir berpendapat bahawa sistem undang-undang lebih yang sedia ada pada masa kini lebih kepada menghukum pesalah bukan mendidik pesalah agar menjadi orang yang lebih baik.

Berbalik kepada remaja tersebut, denda yang dikenakan terhadap pesalah sebanyak RM4000 adalah tidak wajar kerana semestinya remaja tersebut tiak dapat membayar wang denda tersebut apatah lagi makan-minum pun bergantung daripada jiran-jiran tetangga.

Walaupun undang-undang tersebut telah ditetapkan untuk menjaga kepentingan awam, namun pihak-pihak yang terlibat seperti AJK masjid dan pihak tertentu pelulah lebih peka untuk mencari asnaf-asnaf atau membuat hebahan mengenai bantuan untuk masyarakat sekeliling agar mereka tidak terbiar tanpa bantuan sekaligus mendorong kepada sikap untuk melakukan jenayah seperti mencuri dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL