spot_img

Selepas Kena “Sidai” 5 jam Jemaah “Terkurung” Di Dalam Hotel Yang Mahal

- Advertisement -

Menunaikan haji atau umrah sangatlah menjadi impian bagi setiap manusia yang beragama Islam. Namun disebabkan pandemik Covid-19 melanda maka terdapat perubahan besar yang dialami bagi keseluruhan jemaah haji tersebut diantaranya adalah diwajibkan kuarantin selama 14 hari untuk mengelakkan penularan Covid-19.

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial apabila sekumpulan jemaah umrah dikatakan sangat terkilan apabila diarahkan kuarantin di hotel yang agak mahal kos hariannya.

Bahkan, bukan itu sahaja mahal mereka juga mengatakan bahawa kebajikan mereka seolah-olah diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan ianya sangat menekan kesihatan mereka.

- Advertisement -

Susulan itu, salah seorang jemaah iaitu Abdullah Tahir, 68, mengakui terpaksa berdepan situasi tersebut dan ianya bukan pilihan yang terbaik untuk mereka kerana beliau merasa seolah-olah ‘terkurung’ di dalam hotel berkenaan.

Abdullah Tahir bagaimanapun disahkan Lost Covid-19 setelah pulang menunaikan umrah pada 11 Januari lalu.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota pengarang Sidang Utama Pengarang Utusan Malaysia memberitahu bahawa beliau sebelum ini telah dimaklumkan akan dipindahkan ke Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 (PKRC) di Maeps Serdang atau Hospital Sungai Buloh, namun sehingga hari ini tiada pemindahan yang dilakukan.

- Advertisement -

Apa yang lebih mengecewakan adalah beliau tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan kuarantin di hotel berkenaan kerana beliau dimaklum oleh doktor yang menjaganya bahawa PKRC setakat ini masih penuh.

Lebih menyedihkan apabila doktor terbabit memberitahu bahawa beliau hanya akan dipindahkan apabila keadaan beliau bertambah teruk.

“Sehingga kini tiada orang yang datang melawat saya di bilik kuarantin. Malah saya tidak dibekalkan dengan ubat-ubatan walaupun saya menghidap kencing manis dan darah tinggi” ,katanya.

- Advertisement -

Selain itu, beliau juga merasa amat terkilan apabila doktor terbabit memberitahu akan menunggu sehingga jatuh sakit terlebih dahulu, barulah beliau akan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Disebabkan itu beliau merasa amat terkilan dan terkejut apabila dimaklumkan sedemikian.

“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan seperti itu. Kalau macam ini, saya akan mati disini kerana perlu menunggu sehingga tahap kritikal”.

Bukan itu sahaja, beliau juga berada didalam fasa tertekan dari segi kewangan apabila perlu membayar kos hotel sebanyak RM500 sehari dan sebanyaK RM3200 telah pun dikeluarkan semata-mata untuk ‘dikurung’ di hotel mahal berkenaan.

Malah isteri beliau juga Jawaher Daud turut dikuarantin di hotel yang sama walaupun tidak dijangkiti Covid-19 meluahkan rasa bimbang akan kesihatan suaminya.

Isterinya turut menambah bahawa suaminya kini berada didalam keadaan yang tidak terurus kerana tertekan dengan masalah kewangan dan kesihatannya dan terpaksa menghubungi suaminya setiap 30 minit untuk memastikan bahawa suaminya berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja kerana ketiadaan doktor yang merawatnya.

Beliau juga merasa amat terkilan dengan pihak pengurusan hotel tersebut.

“Kain cadar dan tuala tidak ditukar, malah air minuman pun terpaksa dibeli menggunakan wang sendiri. Cuba bayangkan, saya rasa orang yang negatif Covid-19 pun boleh jadi positif. Sudahlah tingkap pun tidak boleh dibuka. 

Kami duduk macam dalam penjara, sesak nafas. Suami kata, boleh mati macam ini. ” 

Turut ditambah, beliau mengakui sendiri bahawa merasa amat tertekan dan mahu keluar dari hotel tersebut kerana sudah tidak mampu untuk menanggung kos kuarantin yang dikenakan.

Sehubungan itu, mereka menggesa pihak berwajib terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menterinya Khairy Jamaluddin  untuk mengambil tindakan segera agar mereka dapat keluar dari kemelut yang dihadapi.

“Kalau tidak ramai pesakit akan mati atau menhadapi kesusahan nanti,” kata Abdullah Tahir.

Isterinya juga merayu agar dipertimbangkan semula penempatan kuarantin mereka untuk mengurangkan kos kuarantin yang sedia ada.

“Minta sangat Khairy Jamaluddin dengarlah rintihan kami ini. Kami bukan nak balik rumah tapi kami nak keluar dari sini kerana sudah tidak mampu membayar kos penginapan,” kata isterinya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL