Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Laoshi Besarkan `Anak` Cara Islam, Tak Sampai Hati Tinggalkan Anak Yang Dijumpainya
spot_img

Laoshi Besarkan `Anak` Cara Islam, Tak Sampai Hati Tinggalkan Anak Yang Dijumpainya

- Advertisement -

Bila saya fikirkan, dunia ini tidak adil. Bukan salah saya. Bila emak ayah buat salah, kenapa saya kena tanggung.

“Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tidak ada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tidak ada dokumen”. Itulah luahan hati Rohana Abdullah.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah kisah seorang gadis remaja apabila ditinggalkan oleh ibu kandungnya pada usia 2 bulan di sebuah tadika di tempat Hoi Lan berkerja.

- Advertisement -

Menurut Hoi Lan, ibu kandung kepada Rohana merupakan seorang warganegara Indonesia yang juga merupakan pekerja pembersihan di tadika tersebut. Manakala ayahnya pula menghilangkan diri dan tidak diketahui keberadaanya sehinggalah pada hari ini.

biarpun perbezaan agama dan budaya, namun ia bukanlah penghalang bagi seorang guru berbangsa Cina untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak angkatnya.

Malah Chee Hoi Lan juga sangat bertanggungjawab dari segi pemakanan, pendidikan dan juga agama Rohana.

- Advertisement -

“Saya tahu ada benda yang dia tidak boleh makan. Saya tahu ada masanya dia perlu solat dan itu tidak menjadi masalah.”

Dia turut mengatakan bahawa dia mengambil tanggungjawab sebagai ibu kepada Rohana dan mendidik serta mengasuhnya dengan baik.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, daya asuh dia seperti mana yang sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama.”

- Advertisement -

Tidak berhenti disitu sahaja, beliau turut menceritakan usaha beliau dalam mendidik anak angkatnya dengan mmendapatkan tunjuk ajar daripada kenalannya dan memastikan anak kesayangannya itu belajar perkara-perkara asas mengenai Islam termasuklah menghantarnya ke Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) agar dia tidak ketinggalan dalam memperlajari agama Islam.

Bagaimanapun, hasrat Hoi Lan,83, yang sudah dimamah usia itu mengakui bahawa beliau sangat menyayangi Rohana seperti anaknya sendiri dan sekiranya umur panjang dia mahu melihat Rohana mendirikan rumahtangga dan bahagia bersama keluarganya sebelum beliau menutup mata.

“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan yang halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah ke hari ini.

Cuma sebelum saya mati, saya mahu melihat dia berkahwin, berkerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dan dia akan kekal begitu sampai bila-bila.”

Tak Sampai Hati Jumpa Bayi Ditinggalkan Ibu, Laoshi Besarkan ‘Anak’ Cara Islam

Dalam pada itu, Rohana, 22 tahun, itu juga menyatakan dia akan terus menyayangi ibu angkatnya yang lebih mesra dipanggil Laoshi (bermaksud cikgu dalam bahasa Mandarin) walaupun telah membawa haluan dirinya sendiri seperti berkerja atau mendirkan rumahtangga.

Akan tetapi, gadis kecil molek yang cantik itu tidak terlepas daripada masalah status kewarganegaraan dimana ibu kandungnya merupajan seorang warganegara Indonesia sementara bapanya pula telah menghilangkan diri sejak kecil lagi.

Namun, dia menyedari hakikat sebenar keadaan status identitinya dan telah cuba memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 namun sehingga kini belum ada maklum balas.

“Cuma ketika ini saya berdepan dengan masalah status kewarganegaraan. Saya faham kerana ibu warga Indonesia dan bapa pula menghilangkan diri sejak saya kecil.

Saya ada memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

Jadi saya dan laoshi berjumpa dengan gulam Muszaffar yang kebetulan anak muridnya pada 1980 untuk pada tahun 1980 untuk meminta bantuan dlam isu ini,” kata Rohana.

ROHANA bersama Chee Hoi Lan. FOTO AMIRUDIN SAHIB.

Rohana juga mengakui pada satu ketika dahulu dia mengakui dia mengalami anxiety yang teruk sehingga cuba untuk membunuh diri sebagai jalan keluar kepada masalahnya.

“Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tidak ada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tidak ada dokumen,” kata Rohana Abdullah.

Namun, mujurlah dia terfikir apakah nasib kepada ibu kandungnya dan ibuangkatnya selepas ketiadannya nanti.

“Saya hanya mengharapkan diberikan status yang membolehkannya menjalani hidup seperti orang lain.

Ia termasuklah berkahwin, membuka akaun dan perkara lain yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini,” katanya.

Susulan daripada itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, satu perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan berhunung perkara itu bagi membantu menyelesaikan masalah status yang dihadapai oleh Rohana Abdullah.

“Insya-Allah kita sedang berusaha. Saya sudah membawa perkara ini kepada kerajaan dan kementerian terbabit.

“Semua dokumen sokongan akan diserahkan termasuk salinan kad pengenalan bapa, sijil kelahiran serta permohonan dibuat sejak 2016.

Saya menerima banyak maklum balas daripada rakan mengenai kisah ini dan kita doakan Rohana dan makcik Hoi Lan dipermudahkan urusan,” katanya.

Rata komen daripada netizen juga memuji sikap Hoi Lan yang sangat bertanggungjawab walaupun tidak mempunyai pertalian darah iitu dengan memastikan anak angkat kesayangannya itu terus kekal sebagi seorang muslim dan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL