Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
"Yan Sunyi Kak, Yan Buat Ni Semua Untuk Abah, Abah Dah Takda, Apa Lagi Makna Semua Ni Lagi ?"
spot_img

“Yan Sunyi Kak, Yan Buat Ni Semua Untuk Abah, Abah Dah Takda, Apa Lagi Makna Semua Ni Lagi ?”

- Advertisement -

BEGITULAH luahan yang diberikan oleh adik kepada kakaknya apabila dia mendapat berita mengenai pemergian ayahnya sebelum anak muda tersebut tamat latihan ketenteraan.

Sudah menjadi lumrah kehidupan yang hidup pasti akan mati. Namun kehilangan ahli keluarga yang tersayang terutamanya ibu bapa pasti memberikan kesan yang sangat mendalam apatah lagi sekiranya ibu bapa tersebut memasang impian yang tinggi terhadap anak-anak mereka.

Berikutan itu, tular satu video yang menghibakan jiwa di TikTok yang dimuatnaik seorang pengguna TikTok iaitu @sue_qaseh telah memaparkan detik pertemuan terakhir diantara adiknya bersama ayah mereka telah meruntun jiwa banyak pihak.

- Advertisement -

Menerusi video tersebut, adik kepada kakaknya itu yang mesra dipanggil sebagai Dik Yan sempat memberikan pesanan kepada ayahnya agar jangan meminum minuman manis dan berharap mereka boleh berjumpa semula selepas latihannya tamat pada pertengahan April nanti.

Paling menyayat hati, beberapa hati selepas pemergian ayahnya yang tercinta, pelatih tentera yang juga anak ke 12 tersebut meluahkan rasa sunyi kepada kakaknya dan hampir berputus asa kerana salah satu sebab utama dia ingin menjadi askar adalah untuk menunaikan impian ayah mereka.

- Advertisement -

Video berdurasi 45 saat tu telah meraih tontonan sebanyak 730 ribu tontonan berserta 85 ribu likes denga tulisan “Ciuman dan tatapan akhir abah buat anaknya yang nombor 12, semoga adikku kuat selalu.”

Ikuti video penuh dibawah,

@sue_qaseh Ciuman & tatapan akhir abah buat ank nya yg no12 😔 semoga adikku kuat selalu @yan3hundred20 #abah #rindu #love #tudm ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Malah tulis kakaknya lagi pada video tersebut, dia memohon maaf bagi pihak ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menunggu sehingga adiknya tamat latihan pada bulan April nanti seperti yang dipaparkan didalam video tersebut.

- Advertisement -

Begitulah kasih seorang anak kepada ayahnya sehingga mampu membuatkan netizen lain turut mengakui sebak mengenangkan perasaan hiba yang sama apabila tidak sempat merealisasikan impian orang tua mereka semasa hidup.

Dalam pada itu juga, rata-rata netizen perasan bahawa renungan Allahyarham ayah kepada Dik Yan tersebut seolah-olah beliau tahu ia merupakan detik-detik terakhir kali untuk menatap wajah kesayangan anaknya itu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL