spot_img

Tidak Dapat Menerima Kehilangan Anak, Suami Isteri Simpan Mayat Di Rumah

- Advertisement -

PERMERGIAN anak tersayang merupakan satu tamparan hebat bagi kedua ibu bapa. Namun siapalah kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Apatah lagi usianya yang masih muda menyebabkan ada sesetengah individu bertindak diluar jangkaan kerana tidak dapat menerima kenyataan.

Berikutan itu, tular sepasang suami isteri dari Dusun Sokatat, Pemalang, Jawa Tengah difahamkan menyimpan jenazah anaknya yang berusia 14 tahun selama tiga bulan di rumah mereka.

- Advertisement -

 

Anak daripada pasangan itu difahamkan meninggal dunia akibat penyakit tibi atau batuk kering yang dialami olehnya sejak tiga bulan yang lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun pihak berkuasa telah pun mengunjungi rumah pasangan tersebut selepas menerima laporan mengenainya dan memujuk pasangan tersebut supaya mereka mengebumikan segera jenazah anak mereka.

 

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ketua Polis Moga, Dibyo Suryanto berkata, mereka mendapati mayat anak mereka sudah pun mereput serta mengeluarkan bau yang busuk.

Malah jiran tetangga juga menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kematian anak kepada pasangan itu disebabkan kedudukan rumah mereka yang jauh diantara satu sama lain.

Apa yang lebih menyedihkan, pasangan itu difahamkan turut bertindak untuk menyembunyikan kematian anak mereka dengan tidak memaklumkan kepada pihak sekolah sehinggalah satu laporan polis dibuat.

“Pasangan suami isteri itu tidak dapat menerima kematian anak mereka sehingga sanggup menyimpan jenazahnya bagi melakukan ritual untuk ‘menghidupkan semula’ anaknya.

“Selepas beberapa kali dipujuk, suami isteri itu akhirnya bersetuju mengebumikan jenazah anak mereka, selain mereka juga diberikan sokongan psikologi untuk berdepan dengan kehilangan tersebut,” katanya.

Menurut pasangan itu lagi mereka amat yakin bahawa anak mereka masih hidup dan tidak boleh menerima kenyataan dan disebabkan itulah mereka menyimpannya dan melakukan ritual semata-mata mahu “menghidupkan” semula anak mereka.

Bahagian psikologi juga turut turun membantu untuk memberikan sokongan dari segi mental dan mengembalikan semangat mereka.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL