spot_img

Pemuda Ini Cerita Bagaimana Modus Operandi “Syarikat Insurans” Beri Pinjaman Pada Mangsa

- Advertisement -

BERHATI-HATI dengan penipuan syarikat pinjaman. Itu adalah antara slogan yang selalu diingatkan kepada rakyat Malaysia.

Baru baru ni ada seorang kawan bertanya, “Arif, syarikat insurans perlu ke rekod kewangan kita?”.

Pada mulanya aku tak berapa jelas dengan soalan dia, jadi aku minta dia ceritakan dari awal supaya aku faham dengan jelas.

- Advertisement -

Kawan aku ni nak buat pinjaman perniagaan, tapi bukan dengan bank. Dia buat pinjaman secara online dengan sebuah syarikat kredit atau pinjaman.

Jumlah pinjaman yang dia nak buat adalah RM50K sebagai modal perniagaan. Tujuannya untuk membeli keperluan perniagaan.

Okey baik, faham…

- Advertisement -

Minta buat transasi pertama

Kemudian, syarikat ini meminta dia untuk buat transaksi sebagai rekod pertama dia pada syarikat pinjaman tu yang dia boleh bayar. Sebab dalam akaun perniagaan dia, tak ada duit. Jadi syarikat ni pun kurang yakin dia boleh bayar.

Jumlah awal yang kononnya percubaan adalah RM1K, tolak fi RM400, yang masuk akaun dia adalah RM600. Jadi, kawan aku ni perlu bayar pada dia jumlah RM1K.

- Advertisement -

Tempoh bayaran balik adalah kurang 24 jam. Kawan aku ni okeylah, dia setuju kerana beranggapan logik yang syarikat tu cuma nak tahu kemampuan bayar balik je. Sememangnya dia memang ada duit dalam akaun bank yang lain, isu bayar balik dia tak ada masalah, sebab dia ada lebih kurang RM*0K dalam akaun simpanan lain.

Selepas dia bayar balik, syarikat tu pula minta dia buat transaksi lain sebagai rekod untuk insurans. Kat sini dia dah pelik dan mula rasa penipuan sedang berlaku.

Selepas dia terangkan dan cerita hal sebenar, aku terus beritahu dia bahawa dia sememangnya dah kena GAME.

 

Syarikat insurans hanya minta rekod kesihatan sahaja

Tiada mana-mana syarikat insurans minta bukti rekod transaksi kewangan dari pelanggan. Hanya rekod kesihatan sahaja.

Nasib baik dia tak teruskan, kalau teruskan, boleh jadi rugi besar dia. Dari RM400 dia rugi, boleh jadi RM40K dia rugi. Akhirnya, tak dapat pun RM50K tu untuk buat modal beli keperluan perniagaan.

Inilah bahayanya bila buat pinjaman selain pihak berautoriti. Senang cerita ahlong atau syarikat pinjaman.

Modus operandi dia kt sini yang aku nampak adalah menyamar sebagai syarikat pinjaman, Macam macam cara orang boleh buat untuk tipu kita bila kita tak ada pengetahuan dan dalam keadaan terdesak.

Kalau ada yang berhasrat nak buat pinjaman tu, janganlah sesekali berurusan selain bank atau syarikat yang diiktiraf di Malaysia contohnya AEON.

Kalau boleh, pinjam pinjam ni tak payahlah difikirkan dulu. Cari jalan lain dulu ke. Mesti ada… Kalau tak ada pilihan juga, cuba minta bantuan dari agensi kerajaan ke, sekurangnya tak berlaku penipuan dan kerugian. Bukan apa, risau terduduk melingkup je nanti. Hidup pun tak aman.

Satu lagi, kalau buat bisnes tu elakkan buat pinjaman. Carilah penaja atau partnership atau kolaborasi. Give and take. Win win situation.

Sumber Facebook: Muhammad Nor Arifuddin

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL