spot_img

Doktor Ini Jelaskan Situasi Kes Gambar Dalam Pedal Ayam Ada Batu

- Advertisement -

BARU BARU ini tular sebuah gambar di media sosial berkenaan dalam pedal ayam ada batu yang telah dibeli oleh seorang pembeli.

Pembeli tersebut seolah-olah rasa tertipu dengan situasi ini dan mahu membuat laporan kepada KPDNKK.

Seorang doktor yang lebih dikenali di Facebook sebagai Dr. Chaku (Kamarul Ariffin Nor Sadan) tampil menjelaskan situasi ini.

Dalam pedal ayam ada batu?

- Advertisement -

Mungkin hantaran ini(gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu fungsi pedal ayam.

Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk menghancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak mengunyah makanan.

Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ.

- Advertisement -

Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.

Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.

- Advertisement -

Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.

Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.

Agak-agak batu geliga itu datang dari mana? Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.

Berbalik kepada soalan pembeli ni. Boleh tak buat aduan KPNDHEP(dulu KPDNKK)? Boleh ja. Pengguna berhak buat aduan jika rasa ditipu peniaga.

OK tu je untuk malam ni!

Semoga bermanfaat!

Facebook: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL