Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Seret Kaki Dan Pegang Seluar, Adik Ini Tetap Bersemangat Ke Sekolah Biar Pun Bajunya Bersaiz Besar
spot_img

Seret Kaki Dan Pegang Seluar, Adik Ini Tetap Bersemangat Ke Sekolah Biar Pun Bajunya Bersaiz Besar

- Advertisement -

MENIMBA ilmu adalah suatu pekara yang dituntut untuk menjadikan kita lebih maju dan dapat berbakti kembali kepada orang tua, masyarakat, negara dan agama. Apa lagi kalau kanak-kanak kecil semestinya merekalah generasi yang perlu dijaga kerana ada dianatara mereka akan menjadi pelapis dimasa hadapan.

Manakala Cikgu pula berperanan sebagai ibu bapa kedua dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi belajar dalam keadaan keluarga yang miskin dan daif semestinya menjadi salah satu cabaran bagi kanak-kanak dan keluarga tersebut.

Beberapa tahun lepas, seorang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani pernah tular selepas berkongis cerita mengenai kisah seorang anak muridnya darjah tiga yang datang dari keluarga miskin sanggup datang ke sekolah sengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya.

- Advertisement -

Jika dilihat dari size baju dan kasut tersebut, itu bukanlah saiz yang bersesuaian dengan tubuh badannya yang kecil sehingga dia perlu mengheret kakinya agak tidak tertanggal dari kakinya yang kecil. Manakala tangannya pula sentiasa memegang seluar agar tidak terlondeh dari pinggangnya.

“Airmata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannta sentiasa memegang seluar bagi mengelakknya dari terlondeh.

- Advertisement -

Saya terfikir kalau jadi kepada anak saya atau murid lain, pasti mereka malu dan tidak mahu pergi ke sekolah”,kata Nasir.

Kata Nasir lagi, dia sebenarnya merasa sebak melihat keadaan anak muridnya itu. Dia juga memberitahu, sudah ramai orang susah yang dia jumpa namun, kanak-kanak itulah yang paling istimewa kerana kegigihannya serta mempunyai keazaman yang tinggi untuk belajar walaupun tahu keadaan keluarga mereka tidak mampu membeikannya baju sekolah mengikut saiz kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, dia juga berkata dia didalam perancangan untuk mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat dan akan membantu sedaya mana yang termampu agar anak muridnya itu dapat bersekolah seperti murid yang lain.

- Advertisement -

“Insya Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang termampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan sepeti murid yang lain”.

Selain itu, Mohd Nasir juga mengatakan, dia tidak mempunyai niat untuk menagih pujian dengan memuat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu di Facebook miliknya. Namun ia bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya untuk menjadi lebih baik.

“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya juga, hasil semakan dan maklumat yang diterimanya, dia mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai empat adik beradik dan sememangnya datang daripada keluarga yang miskin.

“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.

Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sekurang-kurangnya boleh menaikkan semangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.

Walaubagaimanapun, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang kerana ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira memberikan cerita bahawa apa yang diidamkannya selama ini sudah pun tercapai.

“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan selama ini tercapai,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL