spot_img

Gunung Berapi Dasar Laut Meletus Di Tonga, 105,000 Penduduk Tidak Dapat Dihubungi

- Advertisement -

SUSULAN letusan gunung berapi dasar laut di Tonga meletus pada Sabtu lalu, ia telah mencetuskan beberapa tsunami di negara Pasifik tersebut.

Mengikut laporan, Persekutuan Antrabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) telah memaklumkan tsunami yang telah membadai persisisran pantai pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat itu telah menyebabkan kerosakan besar seperti terputusnya bekalan elektrik.

- Advertisement -

Malah difahamkan juga, kira-kira 80,000 penduduk tersebut terjejas akibat letusan tersebut manakala 105,000 penduduk pula tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.

Katie Greenwood berkata, bantuan asas diperlukan segera bagi membantu mangsa-mangsa yang terperangkap di sana.

“Kami jangka seramai 80,000 orang di seluruh Tonga terkesan sama ada disebabkan letusan gunung berapi, ombak tsunami atau banjir akibat gegaran itu.

- Advertisement -

“Bencana itu mengejutkan ramai orang dan kami bimbang terhadap penduduk yang berada di luar kawasan pulau,” katanya.

Gunung berapi Tonga meletus kuat sekali lagi - Kosmo Digital

Berikutan itu, Pasukan Pertahanan New Zealand turut membuat ciapan di Twitternya memaklumkan akan menghantar bantuan kapal terbang bagi membantu melakukan penilaian impak awal kawasan-kawasan serta pulau-pulau di lokasi yang rendah.

- Advertisement -

Peter Lund, Pemangku Persuruhjaya Tinggi New Zealand di Tonga berkata, negara kepulauan itu kelihatan seperti `keadaan di bulan` iaitu lapisannya diselubungi oleh debu panas dari gunung berapi.

Disebabkan itu, badan-badan bantuan menasihati orang ramai agar meminum air botol mineral dan memakai pelitup muka untuk melindungi paru-paru mereka.

Malah, Agensi Meteorologi Tonga juga telah mengeluarkan amaran bau sulfur dan ammonia telah dilaporkan di beberapa kawasan di negara itu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL