spot_img

Netizen Indonesia `Claim` Jumpa Kubur Upin Ipin, Dakwa Telah Meninggal Dunia 20 Tahun Yang Lalu

- Advertisement -

SIAPA yang tidak kenal dengan watak Upin dan Ipin. Malah watak kanak-kanak ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga mendapat perhatian yang hangat di Indonesia.

Seperti yang sedia maklum, cerita Upin Ipin ini berada di bawah naungan Les`Copaque Production yang sehingga kini masih popular dikalangan kanak-kanak di Malaysia mahupun Indonesia.

How 'Upin & Ipin' can help out | The Star

Indonesia #Claim

- Advertisement -

Namun, kehangatan kisah dua beradik ini ternyata banyak mengundang spekulasi dan teori yang tidak masuk akal. Sebagai contoh, terbaru tular di Indonesia apabila salah seorang pengguna TikTok telah memuat naik satu video dan menyatakan bahawa kisah Upin Ipin tersebut sebenarnya diadaptasikan daripada kisah yang benar susulan penemuan dua kubur dengan batu nisan yang tertulis nama Upin dan Ipin.

Ikuti video penuh dibawah,

Video tersebut meraih tontonan sebanyak 37 juta dalam masa dua hari ia di muat naik oleh pengguna TikTok tersebut.

- Advertisement -

Pengguna yang juga berasal daripada Indonesia itu juga turut menyatakan bahawa rakaman itu diperolehi daripada kawannya dari Malaysia.

“Video ini Along dapat dari teman yang juga orang Malaysia. Katanya ini berdasar kisah dari nenek di sana yang diadaptasikan ke dalam animasi,” tulisanya diakaun berkenaan.

Namun, Pengarah Urusan Les` Copaque Production Sdn Bhdn, Burhanuddin Md Radzi menerusi laman Facebooknya turut memuat naik berita berkenaan.

- Advertisement -

Dia sendiri terkejut dengan berita viral dan segera memberitahu peminat-peminat Upin dan Ipin agar tidak bimbang akan khabr angin tersebut.

“Pagi tadi Atok terkejut membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Kepada semua peminat Upin Ipin jangan risau, mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baru.

Ia akan menjadi lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Terima kasih atas keprihatinan anda semua kepada semua peminat Upin Ipin, “ tulisnya di Facebook miliknya.

Malah Upin & Ipin telah memuat naik status di Facebook mereka dengan kenyataan bahawa cerita Upin dan Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les Copaque Production. Ianya tidak diambil atau diinspirasikan dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Malah dalam kenyataan itu juga, mereka menekankan bahawa cerita Upin dan Ipin sebenarnya berasal dari idea Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah. Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL