spot_img

YAKEB Jawab Isu Tiada Bantuan Kepada Atlet Paralimpik Pemenang 7 Emas 3 Perak

- Advertisement -

KISAH hidup KOH LEE PENG menular lagi. Beliau mengharapkan agar umum menghormati pilihannya untuk berdikari dan kelangsungan hidup pilihan beliau. Berita Harian melaporkan seperti berikut:

“Bagi bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng yang kisahnya kembali tular baru-baru ini kerana menjual barangan secara kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di sekitar Bukit Bintang, dia sedar akan hakikat hidup yang perlu dilaluinya.”

“Lee Peng yang cacat kedua-dua kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda demi mencari rezeki seharian itu berkata, simpati orang ramai bukan sesuatu yang ditagih selain berharap mereka menerima cara dirinya berdikari.”

- Advertisement -

Badan kebajikan atlet ataupun Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah membuat penjelasan seperti berikut:

Telahan yang menyatakan tiada bantuan disalurkan kepada bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng sama sekali tidak tepat.

- Advertisement -

Berdasarkan rekod Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Lee Peng sudah menerima pelbagai sumbangan sejak 2019 lagi termasuk tawaran menyertai program latihan perniagaan di bawah yayasan berkenaan.

Sejak tiga tahun lalu, ahli YAKEB itu sudah berada ‘dalam radar’ Skuad Prihatin yayasan berkenaan dengan sumbangan terbesar adalah ketika menerima RM5,000 daripada Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Oktober 2019.

Malah YAKEB sendiri pernah ‘turun padang’ ke Pulau Pinang bagi menyalurkan bantuan memperbaiki kerusi rodanya pada tahun sama sebelum turut memberi sumbangan berbentuk wang tunai bagi meringankan bekas atlet berusia 48 tahun itu ketika negara dihimpit pandemik COVID-19 pada 2020.

- Advertisement -

YAKEB juga pernah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang pada tahun lalu bagi mencari penyelesaian buat Lee Peng memperoleh tapak perniagaan yang lebih baik selain menawarkan kursus kemahiran untuknya mempelajari selok belok perniagaan.

“Pada ketika YAKEB menganjurkan kursus kemahiran (tahun lalu), kita juga memanggil dia untuk mengikutinya namun dia tidak mengambil peluang berkenaan.”

“Pada 24 Januari ini, kita juga sekali lagi menawarkan Kursus Kejurulatihan – Sains Sukan Tahap 1 tetapi itu terpulang kepadanya untuk mengikutinya ataupun tidak.”

“Kursus kemahiran (perniagaan) yang kita anjurkan sebelum ini turut menyalurkan banyak peralatan untuk peserta memulakan perniagaan, jadi YAKEB berharap mana-mana atlet sekali pun mengambil peluang ini.”

“Kalau tidak ada daya usaha daripada mereka sendri, sukar juga untuk YAKEB membantu. Kita sudah memberi banyak peluang namun kalau peluang itu tidak diambil maka (masyarakat) janganlah salahkan kementerian, YAKEB kerana kita sudah berusaha.”

“Apapun, ia berbalik kepada diri atlet itu sendiri, sama ada mereka mahu merebut peluang berkenaan ataupun sebaliknya,” kata Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi.

Baru-baru ini, dunia maya dikecohkan dengan kisah Lee Peng yang kembali tular apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuatnaik rentetan pertemuannya dengan bekas Olahragawati Paralimpik 2016 itu sedang menjual barangan kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di Bukit Bintang.

Susulan daripada itu, pelbagai andaian dilakukan netizen antaranya mempersoalkan peranan badan berwajib bagi membantu bekas atlet yang pernah mengharumkan negara dengan merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak, masing-masing ketika beraksi di temasya Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu.

“Tidak adil untuk katakan kerajaan tidak membantu. Bagi saya itu tidak adil kerana semua (bekas atlet termasuk para) diberikan peluang.”

“Mereka harus bijak menguruskan kewangan, pekerjaan dan sebagainya. Sewaktu kita menganjurkan kursus, tujuh atau lapan bekas atlet para menyertainya dan sekarang mereka sudah mampu menjana pendapatan.”

“Seperti saya katakan, YAKEB daripada tahun lalu lagi sudah memberikan peluang untuk dia membuat perniagaan (dengan menyertai kursus ditawarkan) tetapi dia sendiri tak mengambil peluang itu dan kita tak boleh melakukan apa-apa,” kata Noorul.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL