spot_img

4 Tahun Lumpuh Dan Bisu, Lelaki Ini Mendakwa Dirinya Kembali Pulih Selepas Terima Vaksin Covid-19

- Advertisement -

SEORANG lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India, mendakwa bahawa dirinya kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar Mirror UK pada 17 Januari 2022.

Dularchand Munda, 55, cedera parah pada tulang belakang dalam satu kemalangan kereta pada 2017 yang menyebabkan dia terlantar dan tidak boleh bercakap.

Namun, selepas menerima suntikan vaksin pada 4 Januari lalu, Dularchand memberitahu, dia dapat menggerakkan semula kakinya selepas beberapa jam menerima vaksin Covieshield, dia juga boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat.

- Advertisement -

Dalam masa sama, lelaki yang sudah empat tahun tidak boleh bercakap itu mampu bersuara buat kali pertama sejak kemalangan itu, lapor Mirror UK dipetik dari laporan NDTV.

“Saya sangat gembira kerana terpilih mengambil vaksin ini kerana ia mengembalikan semula kemampuan saya untuk berjalan dan bercakap.

- Advertisement -

Seorang pakar kesihatan, Dr. Jitendra Kumar berkata, situasi itu adalah satu keajaiban yang mengagumkan, namun menegaskan masih banyak yang perlu dikaji mengenai keberkesanan vaksin ke atas penyakit lain selain virus Covid-19.

Tambahnya, ramai yang kagum melihat perkara ini tetapi ia perlu dipastikan oleh saintis, pulih secara tiba-tiba selepas mengambil suntikan vaksin adalah sukar dipercayai.

“Jika vaksin dikatakan memberi kesan positif ke atas kecederaan yang baru berlaku beberapa hari, ia boleh difahami secara perubatan. Namun bagi keadaan yang sudah berlarutan empat tahun seperti Dularchand, kita perlu lakukan kajian lanjut,” katanya.

- Advertisement -

Vaksin Covishield dihasilkan oleh Institut Serum India dan menggunakan formula sama untuk menghasilkan vaksin Oxford-AstraZeneca. – Sumber Mirror UK.

Dularchand mendakwa boleh berjalan dan bercakap semula selepas 24 jam menerima vaksin Covishield. – Foto The Mirror.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL