Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ibu Saudara Pemilik Makam Upin Ipin Tampil Jelaskan Penggunaan Nama Animasi
spot_img

Ibu Saudara Pemilik Makam Upin Ipin Tampil Jelaskan Penggunaan Nama Animasi

- Advertisement -

JAKARTA – Ahli keluarga pemilik makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia, Upin Ipin tampil memaklumkan bahawa kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam.

Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.

Dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.

- Advertisement -

“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.”

“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” jelas Limiyadin.

Minggu lalu, media sosial digemparkan dengan penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah.

- Advertisement -

Sebelum itu:

Animasi Upin & Ipin bukan ‘idea’ dari Indonesia

PETALING JAYA – Dakwaan watak animasi popular, Upin & Ipin terbitan syarikat Les Copaque Production Sdn. Bhd. berdasarkan kisah sebenar di sebuah kampung di Indonesia adalah tidak benar.

- Advertisement -

Mendedahkan perkara itu, Les’ Copaque menerusi laman Twitternya memaklumkan, semua cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production (LCP).

Menurut syarikat itu, ia tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Selain itu kata Les Copaque, idea asal cerita Upin & Ipin adalah dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah.

“Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Les Copaque berkata, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Mohd. Radzi pula adalah pelakon suara Tok Dalang.

Beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dibesarkan di kampung di dalam siri Upin & Ipin.

Pada masa sama, Les Copaque turut menjawab persoalan kenapa watak Upin & Ipin tiada ibu dan ayah dan watak kedua-dua animasi itu botak.

“Ketika Upin & Ipin Musim 1 disiarkan di TV9, ia merupakan projek sampingan saja. Oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, tiada watak baru dihasilkan dan LCP memilih untuk menjadikan Upin dan Ipin anak yatim piatu.”

“Begitu juga ketika Upin & Ipin Musim 1 dihasilkan, pihak LCP terpaksa memendekkan kos dan mempercepatkan proses pembuatan.”

“Nak buat rambut (hair simulation) ketika itu terlalu memakan masa. Maka, Upin dan Ipin direka botak tetapi Upin ada sehelai rambut,” jelasnya.

Menurut Les Copaque lagi, bagi mengetahui kisah dan sejarah tentang penubuhan LCP boleh dapatkan buku yang ditulis sendiri oleh Haji Burhanuddin yang akan berada di pasaran pada bulan Mac nanti.

Satu video di laman TikTok dari Indonesia mengejutkan netizen apabila ia memaparkan rakaman dua kubur kecil yang tertulis nama watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin.

Menurut laporan Suara.com semalam, video yang dimuat naik di akaun TikTok @ABI_ALONK_3110 itu menunjukkan Upin Ipin meninggal dunia pada tahun 1995 dan 1996.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL