spot_img

Subhanallah! Kelihatan Pasir Biru Bercahaya Seperti Lagun Di Gurun Sahara

- Advertisement -

SATU penemuan menakjubkan di Gurun Sahara melalui laman sosial Reddit, iaitu sebuah kawasan yang berkilauan dengan warna biru kelihatan seperti air, namun ada pembentukan pasir tepat di atasnya, lapor akhbar Daily Star pada 17 Januari 2022.

Seperti yang kita tahu bahawa sekitar 65 peratus daripada planet ini belum diterokai, sama ada kawasan landskap bawah air yang luas, atau bahagian hutan hujan Amazon. Banyak perkara yang hanya boleh kita lihat menggunakan teknologi Google Maps.

Dalam penemuan misteri terbaharu, pengguna aplikasi pemetaan Google Maps telah menemui bahagian aneh di Gurun Sahara, yang dipercayai belum pernah diteroka oleh manusia secara fizikal.

- Advertisement -

Kawasan tersebut diberi nama Blue Upside Nike kerana berbentuk muncung terbalik dan menampilkan warna biru berkilauan.

Pasir Biru Bercahaya Seperti Lagun

Kawasan pelik itu sebenarnya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menaiki penerbangan ke rantau itu menggunakan laluan Aeroport Regional De Reggane, yang terletak kira-kira satu kilometer(km) dari tapak penemuan tersebut.

- Advertisement -

Pengguna Reddit yang menemui kawasan itu, OutOfBounds_Matrix, menyifatkannya sebagai hamparan nilam bercahaya biru yang indah.

“Kawasan yang menarik di Sahara. Kelihatan pasir terapung. Kawasan biru kelihatan seperti nilam bercahaya atau sejenis pasir bercahaya biru.

“Grid di sekelilingnya kelihatan seperti buatan manusia, terbentang lebih daripada 75km dari utara ke selatan dan 200 meter di antara setiap garisan grid,” jelasnya.

Pasir Biru Bercahaya Seperti Lagun
Kawasan yang lebih asing boleh dilihat hanya beberapa ratus meter di utara pembentukan hamparan pasir biru. – Foto Google Maps.
- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL