spot_img

Dua Beranak Cedera Terlibat Kemalangan, Langgar Lampu Isyarat Untuk Kejar Kekasih Curang

- Advertisement -

SEBELUM ini tular rakaman ‘dashcam’ kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan motosikal di Parit Buntar. Motosikal terbabit melanggar lampu isyarat lalu merempuh bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

- Advertisement -

Dua beranak yang menaiki motosikal itu dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku disebabkan motosikal itu meluru laju hingga mengabaikan lampu isyarat merah kerana mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh teman lelaki bersama seorang wanita.

Menurutnya Superintendan Mazuki Mat, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal tersebut yang tidak mematuhi lampu isyarat merah lalu menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun. Malah, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

- Advertisement -

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL