spot_img

Pemain No 1 Dunia Kecam Tindakan BAM Gantung Lee Zii Jia

- Advertisement -

PEMAIN nombor satu dunia, Viktor Axelsen, dan bekas timbalan menteri mengecam keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung larangan bertanding selama dua tahun dikenakan terhadap Lee Zii Jia.

Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dalam ciapan di Twitter, menggambarkan kejadian menimpa Zii Jia seolah-olah seperti pekerja yang tidak berpuas hati lalu meninggalkan pekerjaannya, namun dihalang majikan bekerja di tempat lain.

“Keputusan seperti itu tidak masuk akal. Sekarang sudah masuk 2022. Adakah ini yang kita mahukan dalam sukan ini?” ciap pemain Denmark itu.

- Advertisement -

Zii Jia, pemain perseorangan nombor satu negara, mengumumkan keluar BAM awal minggu ini. Sebagai maklum balas, BAM pula mengumumkan, hari ini, persatuan berkenaan melarang pemain itu bertanding mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa, selama dua tahun, bermula 18 Jan.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim, berkata larangan dua tahun dikenakan itu sebagai tindakan “drastik dan tidak wajar”.

Pemain Denmark Viktor Axelsen, memberi sokongan terhadap seterunya, Lee Zii Jia, berhubung larangan dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). (Gambar Twitter YonexAllEngland)

Sim memberitahu, tindakan itu “tidak sihat” dan kelihatan seperti memberi amaran kepada pemain lain yang merancang meninggalkan persatuan kebangsaan itu.

- Advertisement -

Katanya, BAM tidak sepatutnya melakukan “taktik” itu, tetapi perlu duduk berbincang bersama Zii Jia dan bertanya apa yang menimbulkan masalah, selain mencari jalan damai dengan pemain nombor tujuh dunia itu.

“Sesuatu tidak kena bila pemain nombor satu negara keluar (BAM). BAM dan juga Menteri Belia dan Sukan mesti mencari jalan keluar dalam kes ini.”

“Tidak perlu sampai mahu membunuh kariernya. Saya bimbang ‘amaran’ seperti ini kepada pemain lain agar jangan melawan kuasa mereka,” katanya sambil menambah ia bukan cara menangani pertelingkahan dalaman, termasuk rasa tidak puas hati pemain lain.

- Advertisement -

“Semua mesti duduk dan berdamai. Itu adalah perkara terbaik dilakukan jika atlet utama mengambil keputusan meninggalkan kita.”

Dalam pada itu, bekas pemain badminton kebangsaaan James Selvaraj, berkata BAM perlu menjelaskan mengapa Zii JIa dilarang bertanding bagi mengelak timbulnya spekulasi dan fitnah terhadap persatuan berkenaan.

Katanya, Zii Jia juga perlu menjelaskan pendirian dan rancangannya selepas mengambil kira kedudukannya sebagai pemain nombor satu negara.

James ketika mempertahankan BAM, berkata persatuan itu turut membantu perkembangan karier Zii Jia, termasuk lagenda badminton negara, Lee Chong Wei, dalam menyediakan fasiliti bertaraf tinggi kepada semua pemainnya.

“Jadi, adakah sebab wang? Atau fasiliti latihan? Semua itu berlegar dalam minda kita. Jadi, apa masalah Zii Jia?” soalnya.

“Dengan larangan itu, ia sudah menjatuhkan BAM dan Zii Jia, kerana orang lain akan mula membuat spekulasi tentang apa punca dan mengapa Zii Jia keluar.”

Seorang lagi lagenda badminton, Ng Boon Bee, berkata Zii Jia perlu kembali semula kepada BAM selepas mengambil kira larangan dua tahun bertanding akan menjejaskan prestasinya secara drastik.

“Sekiranya, beliau cukup ‘pro’, dan beliau mampu menguruskannya, jadi tidak apa. Atau, lebih baik kembali semula bernaung di bawah BAM.”

“Saya mendengar khabar angin beliau mahu berlatih di Dubai. Tidak perlu disangkal lagi BAM mempunyai fasiliti latihan terbaik. Zii Jia perlu membuat keputusan segera,” katanya.

Semalam, bekas jaguh perseorangan negara, Rashid Sidek, berkata BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain berusia 23 tahun berkenaan bagi mengelak ia menjadi ikutan pemain yang lain.

“BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.”

“Jika BAM masih bertolak ansur, saya bimbang selepas ini lebih ramai pemain yang akan bertindak meninggalkan badan induk itu. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sehingga menjadi budaya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Artikel Berkaitan: Isu Lee Zii Jia, Roslin Hashim “Bongkar” Keburukan Dalaman BAM

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL