spot_img

Sebuah Syarikat Pembuatan Didenda RM20Ribu, Menyebabkan Kemalangan Berlaku Kepada Seorang Pekerja

- Advertisement -

SEBUAH syarikat pembuatan dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerja, Mac tahun lalu.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas wakil syarikat, MSBB Engineering Sdn. Bhd. membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, MSBB Engineering Sdn. Bhd. sebagai majikan telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya iaitu gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera ‘surface planer’ sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerja tempatan berusia 19 tahun.

- Advertisement -

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi, 19 Mac 2021, telah menyebabkan mangsa mendapat kecederaan akibat terkena mata ketam (cutter head) yang sedang berputar ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengetam kayu menggunakan mesin ‘surface planer’.

Mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan putus sepenuhnya hujung ruas jari telunjuk dan tisu terpotong pada hujung jari tengah di tangan kiri mangsa.

Syarikat itu dituduh di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak.

- Advertisement -

Sabit kesalahan memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Mohd Shazami Ishak.

Sumber: Astro Awani

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL