Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ini 5 Perangai 'Annoying' Rakyat Malaysia Bila Bayar Tol
spot_img

Ini 5 Perangai ‘Annoying’ Rakyat Malaysia Bila Bayar Tol

- Advertisement -

PEKERJAAN yang memerlukan kita berinteraksi dengan orang awam memang seronok, terutamanya bagi yang gemar berkomunikasi. Namun disebalik keseronokan ada juga cabarannya kerana terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam karenah, contohnya macam kerja penjaga tol ini.

Selama ini kita fikir kerja mereka mudah, hanya tambah nilai, buka tekan butang, buka palang sahaja, lebih-lebih lagi sekarang banyak plaza tol yang telah mengamalkan cara elektronik. Tapi kita tak sedar bahawa kerja mereka sebenarnya sangat menduga kesabaran, terutamanya dalm kalangan wanita.

Perkongsian ini ditulis oleh penjaga tol sendiri, pengalamannya berhadapan sikap-sikap pemandu ini sangat menduga kesabaran, namun apakan daya kerja, kernalah hadap. Lepas baca ini, harap anda yang ada buat pada mereka sedar sikit, jangan ganggu tugas orang dan perbaiki lah diri.

Ini 5 Tabiat Orang Kita Yang Saya Cukup Menyampah

sikap annoying rakyat malaysia bayar tol
Gambar hiasan
- Advertisement -

“Saya Mira. Berumur 24 tahun. Gambar saya tak ada dalam ni ye?

Bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.

Dulu dan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.”

- Advertisement -

1. Lelaki Selalu Ganggu Saya

Ini 5 Sikap 'Annoying' Rakyat Malaysia Bila Bayar Tol

“Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?”

- Advertisement -

2. Baru Nak Bincang Berapa Nak Topup

“Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?”

3. Tak Reti Perlahankan Radio

“Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai (walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk. Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.”

4. Tak Reti Adjust Kereta

“Ni memang masalah pada kami. Maaflah. Saya wanita, tapi selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan kecil, dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda. Awasi jarak side mirror Insya Allah semua ok.”

5. Komplen Pasal Kena Bayar Tol Dekat Kami

“Ni selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah. Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.

Tu lah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun, alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila. Cuma bila kena 5 ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin kereta dia.”

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL