spot_img

Penduduk Ketakutan Apabila Harimau Belang Dipercayai Muncul

- Advertisement -

KETAKUTAN penduduk di beberapa kampung di Pos Bihai minggu lalu kini mula di rasai di Pos Ber apabila harimau belang juga dipercayai muncul di kawasan itu sejak Khamis.

Perkara tersebut dikongsi seorang penduduk di kawasan berkenaan iaitu Nasir Nash melalui satu rakaman video di laman sosial facebook miliknya.

- Advertisement -

Melalui video yang dikongsinya, harimau berkenaan dilihat berjalan melalui jalan utama yang dipercayai menjadi kegunaan masyarakat kampung itu.

Nasir turut berkongsi, mereka semua berada dalam ketakutan dan berharap orang ramai dapat mendoakan keselamatan penduduk kampung berkenaan.

“Lebih membimbangkan adalah waktu persekolahan ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari sekitar jam 6.30 pagi mengikuti jalan utama ini.

- Advertisement -

“Antara penduduk yang terlibat ialah Kampung Plug, Pos Tuel, Kampung Kerbok dan Pos Ber,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, lokasi harimau berkenaan muncul adalah jauh daripada kawasan penemuan sebelum ini iaitu di Pos Bihai.

- Advertisement -

Bagaimanapun, katanya, pemantauan berterusan tetap diadakan dan radius kawalan juga diperluaskan bagi memastikan keadaan keselamatan orang kampung terjamin.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL