spot_img

Penghantar Makanan Mengeluh Terpaksa Melalui Jalan Yang Jauh, Jalan Utama Menuju Jalan Bangsar Ditutup Pagi Tadi

- Advertisement -

“KALAU boleh jangan buat macam ini lagi, pendapatan kami terjejas,” demikian rungutan beberapa penghantar makanan ekoran penganjuran himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan di Jalan Bangsar pada pagi Sabtu.

Rata-rata penghantar makanan yang ditemui menempelak penganjuran himpunan terbabit yang disifatkan menutup pintu rezeki pihak lain.

Penghantar makanan, Sukaimi Rusli, 43, berkata dia terpaksa melencong jauh akibat penutupan beberapa jalan menuju ke Jalan Bangsar.

- Advertisement -

“Saya sendiri tak tahu ada himpunan ini, bagi saya tak ada faedah serta ganggu pencarian rezeki kami sebagai penghantar makanan.

“Menyusahkan sebab saya terpaksa ikut jalan jauh untuk sampai ke sini bagi mengambil pesanan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Penghantar makanan, Ramli Mohd, 22, berkata penganjur himpunan tersebut seharusnya berfikir dahulu sebelum menganjurkan perhimpunan terbabit.

- Advertisement -

“Saya terpaksa batalkan beberapa pesanan disebabkan banyak jalan yang terpaksa ditutup, tak pasal-pasal punca pendapatan saya terjejas.

“Bagi saya lebih baik tak adakan himpunan macam ini, menyusahkan semua orang, kami yang tak ada kena mengena turut jadi mangsa,” katanya.

*Artikel asal Sinar Harian

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL