spot_img

Geng Honda Buat Hal “Gathering” Tepi Laluan Kecemasan

- Advertisement -

JALAN pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu yang dibuka tahun lalu mula tular kerana keindahan pemandangan sepanjang laluan ini. Laluan ini sebenarnya lengang tetapi akan mula sibuk terutamanya pada hujung minggu terutamanya di waktu petang.

Perjumpaan sesama pemilik kenderaan tidak salah asalkan dibuat di tempat yang selamat. Dalam satu video yang dimuat naik Shahirr di TikTok, beliau sempat merakam gelagat geng konvoi Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan dan melepak dengan ahli-ahli konvoi yang lain. Video diakhir artikel ini.

Dapat dilihat deretan kereta berhenti di bahu jalan yang sedikit sebanyak menyukarkan pengguna jalan yang lain. Ada satu ketika, kereta lain pula yang perlu mengelak pemilik kereta yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

- Advertisement -

Menjengah ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi pandangan tidak sesuai untuk dibuat gathering di kawasan tersebut kerana laluannya yang sempit walaupun pemandangannya cantik.

Pun begitu, ada juga komen daripada individu yang berkemungkinan salah seorang pemilik Honda Civic FC di situ yang mengatakan perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka berhenti di tepi jalan dengan tertib dan bukannya berhenti di tengah jalan sehingga mengganggu trafik.

Pemilik akaun FC Malaysia di TikTok turut meninggalkan komen dan berterima kasih kepada perakam video kerana bantu menularkan aktiviti mereka sehingga naik ke for your page (FYP) TikTok.

- Advertisement -

Teguran dibuat supaya kejadian buruk dapat dielakkan dan untuk kita jadikan ingatan. Semoga kejadian seperti di spot viral lihat kapal terbang berdekatan KLIA sebelum ini tidak berulang di lokasi ini.

Rakaman yang tular

@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Reaksi wargamaya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL