spot_img

Polis Tampil Jawab Isu Geng Honda Buat Hal “Gathering” Tepi Laluan Kecemasan

- Advertisement -

POLIS akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat sini tular menerusi media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata tindakan itu dibuat selepas pihaknya mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta ‘FCCM-FC Club Malaysia’ memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira 6.30 petang, Sabtu lepas.

“Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.”

Tangkap layar yang tular semalam.
- Advertisement -

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini kepada BERNAMA.

Beliau berkata hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Artikel Berkaitan: Geng Honda Buat Hal “Gathering” Tepi Laluan Kecemasan

- Advertisement -

Sehubungan itu, Mohd Fazley menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Beliau berkata perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi menyelaraskan tindakan lanjut selain cadangan bagi menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar serta menjaja.

“Lebuhraya Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya,” katanya.

- Advertisement -

Semalam, kelab kereta itu menerusi akaun mereka di Facebook memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berhenti di laluan kecemasan kedua-dua arah untuk mengambil gambar yang didakwa merupakan sebahagian daripada aktiviti lepak santai mereka.

Rakaman yang tular sebelum ini

@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL