spot_img

Ulasan “Ular Besar Yang Amat Dasyat” Wartawan Cilik Bukit Selambau Akhirnya Ditangkap

- Advertisement -

PENDUDUK di pekan Bukit Selambau di sini gempar selepas tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di pasar awam pekan itu secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

Dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu, kanak-kanak lelaki terbabit, Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, memaklumkan, ular sewa tersebut ditemukan oleh penduduk selepas mendapati air di dalam longkang tersebut tersumbat.

- Advertisement -

Aksi kanak-kanak itu ketika membuat siaran langsung FB penemuan ular tersebut mendapat perhatian netizen dalam media sosial.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pukul 6.27 petang.

Katanya, empat orang anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 petang.

- Advertisement -

“Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram akhirnya dapat ditangkap ketika berada dalam longkang di pasar itu.”

“Ular tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan setelah makan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu kemudian dilepas semula ke habitat asal tidak jauh dari kawasan kediaman penduduk.

- Advertisement -

Sementara itu, seorang peniaga sayur-sayuran di pasar awam itu yang juga ibu Muhammad Hafiq, Mazlina Ahmad, 44, berkata, dia membuat aduan kepada APM mengenai penemuan ular sawa selepas menyedari bersembunyi di dalam longkang itu.

“Bagaimanapun, sebelum anggota APM tiba di lokasi itu, Muhammad Hafiq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau di sini memaklumkan mengenai penemuan ular sawa tersebut secara siaran langsung di Facebook miliknya”

“Aksinya itu tidak sangka pula telah mendapat perhatian netizen termasuk ada yang meninggalkan komen, ‘budak ini amat dahsyat, bukan ular itu yang dahsyat’,” katanya.

Rakaman yang tular sebelum ini

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL