Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Isteri Tak Dapat Tahan Air Mata Ketika Menaiki Pentas Menerima Skrol Ijazah Sarjana Mewakili Arwah Suaminya
spot_img

Isteri Tak Dapat Tahan Air Mata Ketika Menaiki Pentas Menerima Skrol Ijazah Sarjana Mewakili Arwah Suaminya

- Advertisement -

SEORANG isteri tidak dapat menahan air mata ketika menaiki pentas menerima skrol ijazah sarjana mewakili Allahyarham suaminya pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-12.

Suasana bertukar pilu apabila Nor Hidayu Abd Wahab, 30, menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan bagi pihak Allahyarham Mohd Huzir Mohamed, 35, yang disampaikan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor.

Nor Hidayu berkata, suaminya yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah meninggal dunia kerana serangan jantung ketika berada di rumah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 18 Ogos lalu.

- Advertisement -

“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja manakala arwah bekerja dari rumah. Sekitar jam 2 petang ada kawan hubungi saya beritahu tidak dapat hubungi arwah, saya rasa tidak sedap hati dan terus pulang.

“Sampai di rumah, bila buka pintu saya nampak arwah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan yang datang selepas itu,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Lebih memilukan, Mohd Huzir meninggal dunia pada hari ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

- Advertisement -

Menurut Nor Hidayu, pada awal perkahwinan, Allahyarham suaminya sudah memberitahu mahu menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UniSZA.

Dia yang bekerja sebagai Pembantu Optometrist di bandar Kuala Terengganu berkata, Allahyarham juga ada menyampaikan hasrat untuk terus belajar ke peringkat doktor falsafah sebelum mencapai usia 40 tahun.

“Tapi apakan daya, arwah pergi dahulu. Walaupun sedih suami tidak dapat mengambil sendiri skrol ini tapi saya bangga kerana arwah berjaya menamatkan ijazah sarjana yang merupakan impiannya,” katanya.

- Advertisement -

Pada majlis konvokesyen UniSZA kali ke-12, seramai 3,345 graduan UniSZA menerima ijazah masing-masing selama lima hari bermula Ahad.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL