Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
"Dulu Setiap Tuaian Boleh Hasilkan RM11,000" Penduduk Menyesal Jual Tanah Kepada Syarikat Minyak
spot_img

“Dulu Setiap Tuaian Boleh Hasilkan RM11,000” Penduduk Menyesal Jual Tanah Kepada Syarikat Minyak

- Advertisement -

PENDUDUK kampung Wadung di mukim Jenu, daerah Tuban, Indonesia mengaku menyesal kerana menjual tanah mereka kepada Pertamina Rosneft untuk pembinaan kilang penapisan minyak di Tuban, lapor Detik.

Seorang penduduk bernama Musanam, mengaku menyesal kerana menjual tanahnya yang sebelum ini digunakan untuk bercucuk tanam. Kini, untuk terus hidup, dia terpaksa pula menjual binatang ternakan miliknya.

“Dulu saya ada enam ekor lembu, saya sudah menjual tiga ekor untuk kehidupan seharian dan sekarang hanya ada tiga ekor sahaja,” kata Musanam sambil menuntut agar Pertamina memenuhi janji mereka untuk memberinya pekerjaan.

- Advertisement -

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang menyertai tunjuk perasaan itu ialah Mugi. Difahamkan dulu Mugi memiliki tanah pertanian seluas 2.4 hektar dan kemudian menjualnya kepada Pertamina. Dia menerima bayaran Rp 2.5 bilion dan telah digunakan untuk keperluan harian dan sebahagiannya disimpan. Namun sekarang, dia tidak mempunyai pekerjaan.

“Ya, saya menyesal, dahulu tanah saya ditanam dengan jagung dan cili. Setiap tuaian saya boleh menghasilkan Rp. 40 juta (RM11,000), tetapi kini saya tidak lagi menjual hasil tanaman, saya tidak mempunyai pendapatan,” kata Mugi.

- Advertisement -

Mugi berkata bahawa dia tidak berniat untuk menjual tanahnya. Bagaimanapun, syarikat yang bertanggungjawab telah merayu kepadanya untuk menjual tanah. Pihak syarikat juga sanggup datang sehingga ke kebunnya untuk merayu agar dijualkan tanah miliknya.

Janji manis daripada syarikat tersebut telah menyebabkan Musanam dan Mugi hilang punca pendapatan sehingga terpaksa menjual apa yang ada untuk terus hidup.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL