spot_img

“Jangan Nak Temberang” TMJ Bidas LTK Menafikan Permintaan Gaji RM300K Sebulan

- Advertisement -

SELEPAS Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengeluarkan kenyataan bahawa Lim Teong Kim meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan, empunya diri tidak menunggu lama untuk menjawab dakwaan tersebut.

Respon bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dibuat menerusi satu komen di Instagram @pemainke12_my

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar,” ujar Teong Kim ringkas tanpa perincian lebih lanjut.

- Advertisement -

Namun ianya dibalas terus oleh TMJ di dalam ruangan yang sama yang sama.

“Teong Kim, I don’t do b*******. Jadi jangan nak temberang. Pihak kewangan kami tahu berapa banyak yang kami minta,” jawab TMJ.

- Advertisement -

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak putar.”

Walaupun belum berkelayakan untuk mengemudi pasukan negara, TMJ berpendapat Lim Teong Kim masih boleh membantu bola sepak negara dari segi pembangunan tetapi dengan syarat harus merendahkan permintaan gaji.

- Advertisement -

Sebelum itu..

“Kalau Betul Sayang Bola Malaysia” – TMJ Anggap Gaji Lim Teong Kim Terlalu Mahal

“Kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan,” itu pendapat Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai Lim Teong Kim.

Dalam temubual secara eksklusif berdurasi lebih satu jam bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan Izahar Atan daripada Cakap Sukan, TMJ mendedahkan perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi punca skuad kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF.

Turut tidak ketinggalan disentuh adalah mengenai bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), dan ketua jurulatih skuad Bawah-16 tahun, Lim Teong Kim.

Belum layak kendali skuad negara?

Untuk rekod, Lim Teong Kim belum pernah mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan senior baik di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan sebelum ini.

Kebanyakan pengalaman jurulatih diraih di peringkat pembangunan akar umbi.

Selain pernah dilantik sebagai Pengarah NFDP dan Ketua Jurulatih skuad B-16 negara, Teong Kim juga pernah bergelar pembantu jurulatih skuad remaja Bayern Munich.

Gaji LTK terlalu mahal

Walaupun belum berkelayakan untuk mengemudi pasukan negara, TMJ berpendapat Lim Teong Kim masih boleh membantu bola sepak negara dari segi pembangunan tetapi dengan syarat harus merendahkan permintaan gaji.

“Untuk sistem pembangunan boleh, tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ menjelaskan pengalaman beliau dengan jurulatih berusia 58 tahun itu.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

Sejak meletak jawatan sebagai Pengarah NFDP, Lim Teong Kim kini telah kembali ke Jerman dan merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik FAM dan sistem bola sepak negara.

Sanngupkah Lim Teong Kim merendahkan permintaannya dan kembali ke Malaysia bagi membantu FAM membangunkan sistem akar umbi?

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL