spot_img

LTK Cabar TMJ Berikan Pasukan Untuk Dilatih, Sekali Nama Bojan Turut Dipetik TMJ

- Advertisement -

LIM TEONG KIM terus mempertahankan kenyataannya bahawa dakwaan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengatakan beliau meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan adalah tidak benar.

Ia dibuat menerusi komen balas di ruangan Instagram yang sama di mana pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membidas Teong Kim yang turut mempersoalkan kemampuan kewangannya sehingga mampu membeli kereta mewah.

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya pasukan untuk dilatih,” ujar bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu.

- Advertisement -

Komen itu mungkin dibuat selepas TMJ mendakwa Teong Kim belum pernah mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan senior baik di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan sebelum ini.

Maka permintaan gaji harus direndahkan dan bersedia untuk membantu bola sepak negara dari segi pembangunan.

- Advertisement -

“Untuk sistem pebangunan boleh, tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

Sejak meletak jawatan sebagai Pengarah NFDP, Lim Teong Kim kini telah kembali ke Jerman dan merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik FAM dan sistem bola sepak negara.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: “Jangan Nak Temberang” TMJ Bidas LTK Menafikan Permintaan Gaji RM300K Sebulan

‘Saya Sibuk Selesaikan Hutang FAM’ – TMJ Dedah Bojan Hodak Yang Cadangkan Nama Nelo Vingada

Dalam rancangan Nadi Arena yang berlangsung pada jam 4 petang tadi yang telah membabitkan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagi membicarakan hal ‘tangan ghaib’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Dalam intipati temubual eksklusif itu juga turut membincangkan mengenai perlantikan Nelo Vingada yang telah dilantik sewaktu TMJ memegang tampuk kepimpinan FAM sebelum ini yang dilihat juga menjadi punca kegagalan Harimau Malaya ketika itu.

Jelas TMJ dalam temubual tersebut, Bojan Hodak merupakan individu penting yang memperkenalkan Nelo Vingada kepada pengurusan FAM.

“Banyak orang bangkitkan isu Nelo Vingada. Tahu macam mana saya kenal Nelo Vingada? Bojan Hodak yang perkenalkan saya Nelo Vingada,” terang TMJ ketika itu.

Ketika itu juga, TMJ menjelaskan tugas beliau sewaktu di FAM lebih kepada untuk membayar hutang-hutang yang ditinggalkan serta memperbetulkan kembali perlembagaan kerana merasakan kuasa FAM ketika itu terlalu besar.

“Masa itu saya punya komitmen adalah untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada dalam FAM dan juga untuk menukar perlembagaan.”

“Kerana pada masa itu kuasa Presiden FAM terlampau besar sangat. Jadi kami terpaksa menukar kembali perlembagaan tersebut kerana FAM bukannya pemilik liga.”

“Jadi saya tak dapat beri perhatian 100% kepada skuad kebangsaan kerana sibuk memperbetulkan sistem yang ada. Termasuk dengan hutang dan kes-kes lama,” terang TMJ panjang lebar.

Setelah kembali untuk memfokuskan mengenai skuad Harimau Malaya, TMJ merasakan ada yang tidak kena dengan Nelo Vingada lalu mengetepikan pengendali tersebut untuk digantikan kepada Tan Cheng Hoe.

Pendapat TMJ, jangan sesekali merasa takut untuk membuat sebarang perubahan asal perancangan yang direncana tersebut jelas.

“Jurulatih dalam pasukan JDT saya sudah tukar sebanyak sembilan kali. So, jangan takut nak tukar apa-apa.”

“Yang penting, perancangan tu kena jelas, visi tu kena jelas, polisi kena jelas. Itu yang paling mustahak sekali,” jelas TMJ.

Menurut TMJ, semua orang pasti akan membuat silap. Beliau sendiri mengakui kesilapan yang dilakukan tetapi mengambil inisiatif berani untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat dengan membuat tindakan-tindakan lebih tepat selepas itu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL