spot_img

Netizen “Kembang Tekak” Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

- Advertisement -

BEBERAPA video memaparkan keadaan kebersihan penyediaan makanan didakwa di sebuah restoran ternama Kg Baru menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, video tersebut menunjukkan penyediaan makanan tidak bersih dengan ayam diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan melenyek kentang menggunakan botol serta lantai yang basah.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kebersihan makanan di restoran tersebut. Malah, para netizen turut tidak sangka pekerja di restoran itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja di restoran terbabit kerana sewajarnya menghidangkan makanan yang bersih kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.

Tidak hanya itu, para netizen juga mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat isu yang tular ini. Menerima kecaman ramai, pemilik video telah memadamkan video-video suasana tempat bekerjanya itu dan menjelaskan hal sebenar.

- Advertisement -

Menurutnya, video yang memaparkan tindakan memasukkan air ke dalam kuali berisi minyak itu hanyalah salah faham kerana ia video sebelum menukar minyak baharu.

Pemilik video itu juga meminta maaf kerana menimbulkan salah faham tetapi para netizen mengatakan bahawa bukan hanya isu air dicurah ke dalam minyak tetapi ayam yang diletakkan atas dapur begitu sahaja serta melenyek kentang dengan botol juga antara isu yang patut dijelaskan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL