spot_img

British Bawa “Sampah”, Raja-Raja Melayu Kena Tadah!

- Advertisement -

PERTUBUHAN kongsi gelap masyarakat Cina yang wujud sehingga hari ini di Tanah Melayu berasal daripada Pertubuhan Liga Hung atau Thien Te Hui yang memiliki pengikut setia dari Tanah Besar China.

Pada awalnya, kewujudan kongsi gelap ini tidak bermotifkan politik sebaliknya fokuskan untuk merebut kawasan perekonomian kerana dengan ekonomi sahaja sesuatu bangsa itu boleh jadi kaya.

Manakala pada masa itu, ada segelintir orang-orang Melayu yang kaya tidak memandang jauh akan perkara ini dan hanya berpendapat memiliki jawatan serta kuasa adalah kunci kepada kemasyhuran.

- Advertisement -

Disebabkan segelintir orang-orang Melayu tidak begitu cakna akan hal ini, kongsi gelap dari Tanah Besar China melihat ia satu peluang yang disia-siakan lalu memulakan langkah di Pulau Pinang dan Singapura.

MULA DIKESAN SEAWAL 1800-AN

Kewujudan kongsi gelap masyarakat Cina dari Tanah Besar China dikesan mula bergiat aktif termasuk merekruit ahli seawal tahun 1800-an.

Jika di Tanah Melayu, kumpulan kongsi gelap masyarakat Cina terbahagi kepada dua iaitu Ghee Hin (yang paling kaya) dan Hai San (yang ramai ahli).

- Advertisement -

Keahlian kongsi gelap Ghee Hin datang daripada banyak persatuan seperti Persatuan Hok-Kien Ghee Hin, Persatuan Hok Hin, Persatuan Tie Kun Ghee Hin, Persatuan Kwong Hok atau Ghee Kee, Persatuan Siong Peh Koan, Persatuan Kwang Hui Siau, Persatuan Ghee Sin, Persatuan Ghee Hok dan Persatuan Hailam Ghee Hin.

Manakala kongsi gelap Hai San pula dianggotai 36 persatuan sekali gus memiliki kekuatan ahli yang sangat ramai mengatasi kongsi gelap Ghee Hin.

Walaupun begitu, kongsi gelap Ghee Hin merupakan kongsi gelap yang terkuat dan kaya jika dibandingkan dengan kongsi gelap Hai San.

BERASAL DARIPADA SISTEM KANGCHU

- Advertisement -

Penglibatan kongsi gelap dalam penghijrahan etnik Cina amat memberi kesan sehingga hari ini dan Tanah Melayu tidak terlepas menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa British.

Sekiranya British tidak mengamalkan sikap sambil lewa untuk membawa masuk imigran di Tanah Melayu, dunia kongsi gelap dan huru-hara pasti tidak berlaku.

Pada dasarnya, kongsi gelap juga boleh dikatakan bermula daripada sistem Kangchu iaitu satu kajian yang dilakukan oleh Carl A. Trocki antara tahun 1784 sehingga 1885.

Ujar Pakar Sejarah Asia Tenggara dan China dari Amerika Syarikat ini, sistem Kangchu diasaskan oleh Tan Nee Soo, ketua kongsi gelap Ngee Heng yang berjaya menyusup masuk dan berkuasa di Tebrau, Johor.

ORANG CINA DIANGKAT JADI WAKIL ORANG MELAYU

Kongsi gelap wujud adalah apabila ada seorang pemimpin dalam kalangan imigran yang dibawa masuk British berjaya menguasai kawasan sungai atau mata air perlombongan.

Maka lama-kelamaan, pemimpin tersebut dilantik pembesar Melayu untuk menjadi wakilnya bagi mengutip cukai dan menguruskan kuli-kuli Cina di kawasan perlombongan.

Kesan daripada itu, pemimpin dalam kalangan imigran akan dilantik sebagai Kapitan Cina atau Pemimpin Setempat mewakili komuniti Cina.

Majoriti kapitan Cina atau ketua kongsi gelap ini mahir dalam persilatan kung fu dan mempunyai kekayaan hasil daripada kepercayaan yang diberikan oleh orang Melayu.

GHEE HIN BUAT KEKACAUAN

Kongsi gelap Ghee Hin dibentuk pada tahun 1820 di Singapura dan Pulau Pinang serta diasas dan dipimpin seorang etnik Hakka, Chin Ah Yam yang berasal dari Dabu, Guangdong.

Dari segi perkataan, Ghee Hin membawa maksud kebangkitan golongan yang benar untuk menentang penguasaan etnik Hakka yang menguasai kongsi gelap Hai San.

Majoriti ahli-ahli Ghee Hin adalah dikuasai etnik Kantonese diikuti beberapa cawangan yang dikuasai oleh etnik Hokkien, Teochew, Hainan, Foo Chow dan juga Hakka.

Kongsi gelap Ghee Hin memiliki sebuah pejabat di Jalan Lavender, Singapura dan pernah melakukan kekacauan yang agak dahsyat.

Kumpulan ini pernah membuat sejarahnya tersendiri apabila membunuh melebihi 500 penganut Cina Kristian Katolik termasuklah memusnahkan pos pengawal British pada tahun 1876 di Singapura.

Sejak peristiwa tersebut, berbagai-bagai pengenalan peraturan diperkenalkan oleh pihak British bagi membendung kegiatan kongsi gelap di Tanah Melayu berpunca daripada kelemahan Bristih.

HAI SAN PUNYAI IKATAN DENGAN PERSATUAN RAHSIA

Manakala kongsi gelap Hai San berasal dari Selatan China dan pernah digunakan untuk menentang Dinasti Manchu.

Akhirnya kongsi gelap Hai San dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1820 dan pada tahun 1825, kumpulan ini dipimpin oleh Ho Ah Kow dan Low Ah Chong.

Sama seperti kongsi gelap Ghee Hin, kumpulan ini juga memiliki sebuah pejabat yang terletak di Jalan Beach atau Ujong Passir, Pulau Pinang.

Majoriti yang menyertai kongsi gelap Hai San juga sebenarnya sudah mempunyai ikatan dengan persatuan-persatuan rahsia kongsi gelap sejak tahun 1799 di Pulau Pinang.

GHEE HIN DAN HAI SAI MAIN PERANAN DALAM POLITIK PENGHIJRAH

Tujuan penubuhan kongsi gelap-kongsi gelap ini adalah melindungi golongan penghijrah daripada penindasan pihak British dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Penyertaan kongsi gelap-kongsi gelap juga menguatkan ikatan persaudaraan, kekitaan dan kebersamaan golongan etnik penghijrah ini kerana mereka tiada keluarga lain di Tanah Melayu.

Dan pada asasnya, kongsi gelap Ghee Hin dan kongsi gelap Hai San wujud tanpa pengetahuan British namun diketuai kapitan yang dilantik dan dibayar gaji oleh pihak British.

Kapitan inilah yang dipercayai watak penting dalam menguruskan, mengatur sumber manusia dan memimpin golongan penghijrah beranak-pinak di Tanah Melayu.

DUA KONGSI GELAP SALING BERMUSUHAN

Persatuan Wah Sang yang menguasai kongsi gelap Hai San pada tahun 1854 sangat anti terhadap kongsi gelap Ghee Hin.

Persatuan Wah Sang ini mempunyai 11 peraturan antaranya Peraturan Kian Tek (Toh Pek Kong) yang dimulai pada 30 Disember 1844.

Kedua-dua kongsi gelap ini biasanya akan berebut-rebut tempat perlombongan dan perekonomian di Tanah Melayu yang tidak dipandang orang Melayu sendiri.

Selain itu, kutipan yuran perlindungan dan tahunan dari ahli-ahli, sindiket jualan timah dan ᴅᴀᴅᴀʜ di pasaran gelap juga terlibat menjadi faktor kongsi gelap terus berkuasa.

Keadaan ini menyebabkan pihak British kerugian setelah gagal tapis imigiran bermasalah dan mulai campur tangan di negeri-negeri Melayu selepas berlakunya tiga peperangan antara dua kongsi gelap ini.

Paling mencelakakan, sejarah yang ditulis menggambarkan Raja-Raja Melayu lemah dan tidak pandai menguruskan konflik padahal Britishlah yang membawa golongan “sampah” ini.

Sejarah perlu diketahui, dibaca, difahami dan didedahkan agar kelemahan orang Melayu terdahulu sehingga rosaknya Tanah Melayu pada hari ini, tidak terus berulang!

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL