Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
5 Penjenayah Kolar Putih yang Dikehendaki Masih Bebas Dan Diburu Seluruh Dunia
spot_img

5 Penjenayah Kolar Putih yang Dikehendaki Masih Bebas Dan Diburu Seluruh Dunia

- Advertisement -

PEKERJA berkolar putih merupakan satu gelaran kepada golongan pekerja-pekerja yang biasanya melakukan pekerjaan yang tidak melibatkan kerja-kerja manual dan lazimnya ia adalah merangkumi bidang yang memerlukan kepakaran tertentu dalam pentadbiran serta pengurusan sesebuah syarikat dan ini sangat membezakan dengan pekerja kolar biru.

Gelaran ini timbul apabila ia dikaitan dengan penampilan para pekerja ini yang sering memakai kameja putih sebagai sebahagian pakaian utama dan diikuti pemakaian sut yang dipakai ketika berada di pejabat dan biasanya ia lebih dikenali dengan koporat mahupun pakar tertentu yang biasanya ditakluki dengan jawatan  tinggi.

Namun, disebalik golongan kolar putih ini, ada sisi ceritanya dimana terdapat 5 penjenayah yang difahamkan masih bebas dan diburu oleh pihak berkuasa. Malah kelima-lima penjenayah ini juga terkenal diseluruh dunia.

- Advertisement -

Dalam kes ini biasanya ia diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi dan memerlukan ketelitian yang tinggi serta sistem sokongan dari agensi berkuasa yang tinggi bagi melakukan siasatan dan penangkapan.

Kita tidak menyalahkan sistem undang-undang mahupun pihak berkuasa yang terlibat, namun kita sendiri sedia maklum bahawa golongan-golongan seperti ini kebiasannya ‘dilindungi’ oleh pengaruh kuasa yang sangat kuat sehingga sukar penangkapan dibuat serta telah lari dan menghilangkan diri ke luar negara.

5 Penjenayah Yang Masih Diburu

1. Low Taek Jho

- Advertisement -

Rakyat Malaysia pasti sudah kenal dengan salah seorang rakyat kelahiran Pulau Pinang ini yang biasanya dikenali dengan nama Jho Low. Jho Low dilahirkan pada 4 November 1981 dan membesar dalam keluarga yang mempunyai tradisi perniagaan yang kukuh.

Datuknya, Low Meng Tak telah berhijrah ke Malaysia semasa zaman penjajahan dan difahamkan beliau juga dikatakan berjaya mengubah nasib keluaranya dengan memiliki perniagaan arang batu, arak, dan wain di Thailand serta di China.

Manakala cucunya pula, Low Taek Jho telah meneruskan legasi perniagaan turun temurun diantara datuk dan ayahnya serta menyambung pengajiannya di London seterusnya membolehkan dia membina rangkaian dengan individu-individu berpengaruh dari Asia Barat.

- Advertisement -

Disebabkan itulah, Jho Low membina namanya dan berjaya membawa pelaburan dari UAE ke Malaysia menerusi pelaburan dalam Iskandar Malaysia dan membawa kejayaan pertama beliau menjadi orang tengah dalam rundingan pembelian The Oval Residences di KLCC Park oleh pihak Kuwait Finance pada tahun 2006.

Namun, Jho Low pada ketika itu juga dikatakan terlibat dengan skandal 1MDB selepas ia berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa. Manakal kesnya pula masih berlangusng sehingga kini melibatkan beberapa oleh ahli menteri yang berkuasa tinggi.

Bagaimanapun, Jho Low difahamkan telah berjaya menghilangkan diri serta dipercayai mendapat bantuan daripada pihak asing untuk melepaskan diri daripada tangkapan.

Namun, sehingga kini ia masih menjadi teka teki dimanakah keberadaan dia pada ketika ini. Menurut beberapa sumber, kehilangan Jho Low sangat sukar dirungkai kerana ada beberapa pihak mengatakan bahawa beliau telah melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Pihak berkuasa pada masa kini masih lagi memburu dan menjejaki Jho Low untuk membuat tangkapan berdasarkan kes 1MDB.

 2.  Jerome Kerviel

Ini merupakan kisah jenayah yang paling menarik dalam sejarah yang melibatkan golongan kolar putih. Apa yang menariknya, Jerome ini dikhabarkan telah dibebaskan setelah menyebabkan kerugian lebih daripada RM24 billion.

Ia difahamkan kegiatannya itu dilakukan disebuah bank dan beliau merupakan salah seorang pekerja di syarikat perbankan tersebut. Jerome ketika itu bertugas sebagai pegawai yang menguruskan urus niaga mata wang.

Difahamkan jenayah yang dilakukan oleh Jerome adalah dengan menaikkan kadar nilai jumlah urus niaga tersebut dengan harga yang tinggi dan melebihi kadar jumlah yang telah ditetapkan oleh syarikat beliau.

Disebabkan kadar kenaikkan tersebut melebihi tahap normal, maka secara tidak langsung berlakunya jualan panik sehingga menyebabkan bank menanggung kerugian yang amat tinggi.

Kegiatannya terbongkar dengan melakukan penipuan, pemalsuan dokumen dan mengakses maklumat yang bukan bidang kuasa sendiri bagi melindungi dirinya sendiri.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Begitulah pengakhiran cerita Jerome apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa dan dibicarakan bermula pada tahun 2008.

Mahkamah akhirnya memutuskan Jerome bersalah pada 2010 setelah berhadapan 2 tahun tuduhan dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun serta tidak dibenarkan berkerja dalam sektor kewangan lagi.

Malah, disebabkan kerugian yang dialami oleh pihak bank tersebut, dia kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran kerugian tersebut. Namun,mahkamah pada ketika itu berpendapat bahawa perkara tersebut amatlah mustahil untuk dilakukan.

Tidak berhenti disitu sahaja, Jerome kemudiannya membawa hukuman itu kepada mahkamah rayuan di Paris untuk membebaskan dirinya daripada hukuman. Sementara menunggu jawapan dari mahkamah rayuan, Jerome dikatakan sempat melawat Vatican City dan sempat bertemu dengan Pope Francis sekitar 2014.

Hasil dari pertemuan tersebut, difahamkan Jerome telah mendapat idea dengan cara melakukan penghijaran semula ke Paris. Malah idea itu juga agak gila apabila dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sejauh 1400 KM dari Vatican City ke Paris yang dianggarkan mengambil masa selama 2 bulan tanpa sebarang masalah.

Percaya atau tidak, walaupun telah menyebabkan kerugian sejumlah wang yang mencecah billion ringgit, pada tahun 2016, Jerome dikatakan telah memenangi kes tersebut selepas dia mendakwa dirinya telah dipecat tanpa alasan yang kukuh.

Malah, mahkamah pada ketika itu bersetuju dengan penglibatan pegawai atasan beliau yang turut bekerjasama dalam penipuan tersebut. Mahkamah juga telah menurunkan kadar kerugian yang perlu dibayar semula daripada 24 billion kepada RM5.5 juta sahaja.

Walaupun kes tersebut telah berlaku beberapa tahun yang lalu, Jerome dikatakan masih lagi cabar mencabar bekas pihak majikannya di mahkamah, namun akhirnya Jerome kalah pada perbicaraan tersebut. Mahkamah mendapati tidak wujud sebarang keraguan yang munasabah dalam keputusan hukuman yang telah pun dijatuhkan terhadap Jerome.

3.  Carlos Ghosn

Penjenayah pada kali ini pula bernama Carlos Ghosn dan beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi pengarah di syarikat-syarikat besar seperti Renault, Nissan, Michelin dan Mistubishi.

Anak kelahiran Arab Lebanon ini bagaimanapun menjadi buruan pihak berkuasa apabila didapati telah memalsukan salah satu akaun milik syarikat Jepun iaitu Nissan semasa dalam perkhidmatannya.

Carlos dikatakan menggunakan wang milik syarikat tersebut untuk membiayai kehidupan mewahnya termasuklah percutian bersama ahli keluarganya dengan cara melakukan penipuan kira-kira didalam akaun milik syarikat Nissan.

Kegiatannya itu diantara kegiatan yang paling lama dilakukan iaitu bermula sekitar 1999 apabila beliau mula dilantik sebagai COO Nissan dan hanya terbongkar pada 2018 seterusnya membawa kepada pemecatan dari syarikat tersebut.

Siasatan mendapati Carlos turut melaporkan kadar gaji dirinya lebih rendah berbanding yang sepatutnya dibayar oleh pihak majikannya serta bertindak menyembunyikan kerugian transaksi syarikat yang telah dipersetujui oleh dirinya sendiri.

Bagaimanapun, ia tidak berakhir disitu sahaja. Beliau akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin selepas menghadapi tuduhan di mahkamah.

Kesan dari pembebasan ikat jamin tersebut, beliau mengambil langkah untuk melarikan diri dengan laporan yang diterima pada 30 Disember 2019 menyatakan bahawa beliau telah selamat sampai ke Lebanon.

Berita tersebut mengejutkan banyak pihak malah pelariannya pada ketika itu difahamkan dibantu oleh kontrator tentera upahan yang dilantik bagi menjalankan operasi membawanya keluar dari lari daripada negara Jepun.

Desas-desus mengatakan Carlos dibantu oleh dua orang yang kontraktor upahan dengan menyorokkan didalam kotak peralatan audio. Disebabkan saiznya terlalu besar untuk diperiksa melalui mesin pengimbas X-Ray di lapangan terbang maka ia berjaya lolos dengan mudah.

Sehingga kini Carlos Ghosn masih lagi diburu untuk membantu siasatan bagi kes penipuan yang dilakukannya selama 19 tahun.

4.  Vijaya Mallya

Negara India juga tidak terkecuali dengan jenayah kolar putih dimana sehingga kini Vijay Vittal Mallya masih lagi diburu oleh pihak berkuasa tempatan di India.

Vijay merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan yang sangat terkenal di India. Beliau mempunyai syarikat menjual arak yang mana telah diwariskan kepadanya oleh ayahnya sendiri dan pada ketika itulah beliau mulai dikenali sebagai tokoh korporat paling kaya di India.

Namun, kaya bukan sembarangan kaya. Beliau akhirnya melarikan diri ke luar negara iaitu United Kingdom selepas laporan audit mendapati Vijay telah memanipulasi sistem pinjaman bank bagi meluaskan perniagaannya serta tidak membayar semula wang pinjaman tersebut.

Sangat licik. Itulah Vijay. Beliau difahamkan telah berhutang sekitar RM7.5 billion daripada 17 buah bank yang digunapakai utnuk membuat pinjaman bagi membeli 40 buah syarikat diseluruh dunia.

Bagaimanapun, Vijay akhirnya disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram dan dipecat daripada jawatannya sebagai ahli parti politik dan ahli parlimen.

Beliau sempat melarikan diri keluar negara sebelum sempat passport miliknya dibatalkan. Sehingga kini Vijay masih lari menjadi buruan pihak berkuasa di India. Segala usaha untuk menangkapnya telah dilakukan namun disebabkan halangan seperti undang-undang ekstradisi, menyebabkan Vijay dihalang oleh pihak berkuasa United Kingdom daripada ditahan dan ditangkap.

Oleh itu, Vijay sehingga kini masih bebas di United Kingdom dengan tanpa rasa serba salah sekalipun.

5.  Chistopher Skase

Seorang lagi ahli perniagaan Australia akhirnya menerima nasib yang sama apabila menjadi buruan pihak berkuasa. Chris yang lahir pada tahun 1948 itu difahamkan bertindak mencuri dana syarikatnya sendiri yang telah dibangunkan sehinggalah menjadi satu empayar perniagaan yang berskala besar.

Difahamkan Chris melakukan kegiatan jenayah tersebut hanya semata-mata mahu memenuhi kehendak gaya hidup yang mewah.

Qintex merupakan sebuah syarikat perlombongan timah yang dibelinya sekitar 60-an dahulu. Syarikat tersebut telah berkembang dengan jayanya dalam penghasilan batu timah dan arang kayu. Qintex mempelbagaikan cabang perniagaan mereka dengan mula membeli syarikat-syarikat media di Australia termasuklah cubaan membeli studio MGM di Hollywood sekaligus menyebabkannya beliau didakwa.

Selepas gagal melakukan pembayaran pertama dalam urusniaga MGM yang berjumlah sekitar RM250 juta dengan kerugian tukaran matawang, Chris mula melakukan pemindahan wang milik Qintex ke beberapa akaun bank luar dengan jumlah transaksi yang kecil agar perbuatannya tidak dikesan.

Akhirnya Qintex diumumkan bankrap walau bagaimanapun Chritopher pada ketika itu berserta pemegang saham yang rapat dengannya masih terus menerima elaun pengurusan dalam jumlah jutaan ringgit sehingga berlakunya konflik yang besar diantara pemegang saham yang lain.

Maka, bermulalah episod laporan dibuat terhadap suruhanjaya Sekuriti Australia oleh salah seorang pemegang saham yang tidak berpuas hati dengan kekayaanya dan disebabkan itulah juga Chirtopher mengambil peluang yang sedia ada untuk melarikan diri ke Sepanyol serta meninggalkan hutang sebanyak RM 3.5 billion.

Disebabkan ekstradisi undang-undang, maka Chris difahamkan tidak berjaya ditangkap serta menyifatkan dirinya mempunyai risiko kerosakan paru-paru yang agak teruk pada ketika itu.

Pada tahun 1998, kerajaan Australia mengumumkan tidak ada jalan lain mahupun cara lain bagi pihak berkuasa menahan dan menangkap Chris pada tahun disebabkan oleh kekangan undang-undang Sepanyol pada ketika itu.

Maka Chris akhirnya dapat meneruskan kehidupan mewahnya dengan tenang sehinggalah pada 2001 dia didapati meninggal dunia di Majorca Sepanyol.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL