spot_img

Akhirnya Terbongkar, Kegagalan Disebalik RFID

- Advertisement -

RFID atau nama panjangnya ialah Radio Frequency Identification adalah salah satu cara alternatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberikan kelancaran bagi mencapai sifar kesesakan trafik di plaza tol.

Ia diperkenalkan pada tahun 2018 dan telah pun digunapakai di lebuhraya Malaysia sehingga kini dan ia tidak lagi memerlukan pekerja atau palang di plaza tol.

Umum mengetahui bahawa sistem kesesakan trafik di plaza tol menyebabkan kesesakkan jalanraya yang agak teruk. Oleh itu, sebelum RFID diperkenalkan, sistem Touch’n Go telah diperkenalkan telebih dahulu dengan penggunaan kad elektronik yang mempu melancarkan pembayaran waktu membuat bayaran di tol lebuhraya.

- Advertisement -

Namun, mengikut pemerhatian, sistem Touch’nGO didapati tidak begitu efisien bagi mengawal kesesakan dan kelancaran pergerakkan kenderaan di laluan plaza tol. Seterusnya ia diperbaiki dengan satu lagi sistem yang dikenali sebagai Smart Tag dan ia dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku diantara pengguna lebuhraya.

Namun, ia didapati masih berlaku pelbagai masalah lain seperti kecuaian pengguna yang tidak memastikan jumlah isian kredit yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Malah kerap kali juga berlaku insiden kereta terpaksa ‘reverse’ daripada palang tol hanya kerana baki tidak mencukupi atau pun kad mereka rosak.

- Advertisement -

Insiden-insiden seperti inilah yang menyebabkan wujudnya sistem baru iaitu RFID telah diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah kesesakan di plaza tol seluruh Malaysia.

RFID bertindak dengan menggunakan medan elektromagnet untuk mengenalpasti dan mengesan tag bermaklumat elektronik di dalam cip kecil yang dipautkan bersama objek secara automatik.

- Advertisement -

Secara dasarnya, ia boleh dikatakan agak mengejutkan para pengguna lebuhraya semasa ia diperkenalkan dengan menukarkan SmartTAG dengan gambaran pada hari pertamanya sahaja telah berlaku huru hara di plaza tol.

Walaupun ia diperkenalkan dengan cara yang percuma namun, ia tidak mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan pengguna.

Sistem RFID ini digunakan oleh Plus dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hardware dan Software serta E-Wallet untuk sistem pembayaran. Walaupun ia kedengaran seperti memudahkan dan secara dasarnya boleh menyelesaikan masalah kesesakan, namun Hardware dan Software inilah merupakan punca masalah yang utama.

Dikhabarkan ia dibekalkan oleh syarikat SMTrack Snd Bhd dan syarikat tersebut menjalankan perniagaan berkaitan RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan serta mengedar produk.

Namun, pada 26 Julai 2021, satu kejutan besar di Bursa Saham telah berlaku apabila saham syarikat ini secara tiba-tiba meloncak naik 50% dari kebiasaanya dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan 84 unit saham.

Malah, difahamkan juga Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff telah dilantik pada hari yang sama sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif yang juga menantu kepada Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama. syarikat tersebut juga telah mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.

Bukan itu sahaja. SMTrack juga dikatakan dipilih sebagai satu-satunya syarikat di Malaysia dan dijadikan sebagai membuat perancangan, serta memimpin negara dalam teknologi pendigitalan dalam teknologi digital e-wallet melalui telefon bimbit. Bahkan secara jelasnya, syarikat tersebut dikatakan telah mendapat taraf monopoli dari kerajaan Malaysia.

Jutawan hartanah Country Height Holding Tan Sri Lee Kim Yew juga difahamkan telah mengambil alih saham bernilai 28,5 juta dalam saham SMTrack itu sendiri dengan peratusan sebanyak 50.51% pegangan pada 29 Disember tahun lalu.

Malah menurutnya lagi, tindakan menggantikan SmartTag kepada RFID dikhabarkan mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik oleh pihak-pihak tertentu. Malah ia secara relevannya berlaku apabila Barisan NAsional kembali sebagai pihak kerajaan.

Rata-rata netizen sebenarnya tidak menolak perkembangan mahupun perubahan yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ia dilakukan drastik, namun ramai berpendapat selepas menggunakan sistem RFID masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki daripada kebaikkanya bagi seseorang pengguna itu.

Sumber : Siakap Keli / Omar Mat Noor

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL