spot_img

Ini Wajah Sebenar Firaun Amenhotep 1

- Advertisement -

SEKIRANYA kita sebut tentang Firaun, pasti kita semua akan teringat cerita paling kisah-kisah Firaun yang sangat zalim pada zamannya, namun ia juga terkenal dengan kekayaan yang luar biasa.

Lebih kurang 140 tahun yang lalu, para ahli arkeologi telah menemukan penemuan besar mumia Firaun yang diantaranya ialah Firaun Amenhotep I bersama dengan mayat-mayat yang lain. Penemuan tersebut dipercayai terpelihara dengan baik diselatan Mesit iaitu Deir el-Bahari.

Namun, disebabkan topeng muka dan pembalut yang kukuh maka mereka memutuskan untuk menyimpan mumia Firaun tanpa melalukan pemeriksaan lanjut atau uji kaji.

Siapakah Amenhotep I

- Advertisement -

Amenhotep I merupakan raja kedua dalam dinasti ke lapan belas dalam Kerajaan Baru Mesir. Beliau dikatakan memerintah dari 1545 sehingga 1525 BCE. Sungguhpun dia dapat dipastikan sebelumnya, Ahmose dan isterinya Ahmose-Nefertari, hubungan  Amenhotpe I dengan keluarga lainnya tidak begitu jelas direkodkan.

Namun hubungannya dengan Ahotpe II itu pernah dipercayai sebagai isteri dan juga saudara yang kini dipercayai sebagai neneknya. Merit-Amun I kekal sebagai “Isteri Raja Agung” akan tetapi ianya jelas bukan “Ibu Raja”. Seorang lagi isteri, Sitkamose direkodkan di Stelea dinasti ke sembilan belas.

- Advertisement -

Amenhotpe I dipercayai tidak memiliki anak kandung. Manakala, isteri kepada Thutmose I, Ahmose dipercayai sebagai saudara perempuan kepada Amenhotpe I, tetapi hal ini dipertikaikan kerana Ahmose bukannya “Puteri Raja” dan satu-satunya hubungan Ahmose adalah dengan Thutmose I, dan dia berkemungkinannya merupakan saudara dan isteri Thutmose I.

Disamping itu, Amenhotpe I berkemungkinan telah mengukuhkan serta menyatupadukan kejayaan bapanya akan tetapi pemerintahannya kurang direkodkan. Manakala sejarahwan Yunani-Mesir , Manetho (sekitar 305-285 BCE) menempatkan pemerintahannya sebagai dua puluh tahun dan tujuh bulan yang menyamai tempoh pemerintahannya 21 tahun.

Akan tetapi, tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh mengenai pemerintahan bersama dengan bapanya iaitu Ahmose atau dengan pemerintahan berikunya Thutmose I. Namun, mengikut rekod, usaha pembinaan Amenhotpe I menunjukkan perkembangan yang lebih baik dengan pembinaan kuil Alabaster di Karnak yang lebih dikenali sebagai Peringatan Berkekalan Amun.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, beliau juga membina logi balak di El-Kab dan menyiapkan kuil Ahmose di Abydos. Malah di Kom Ombo, Elephantine, Shatt el-Rigal dan Gebel-es-Silsila beberapa blok masik kekal dengan ukiran namanya.

Kebijaksanaanya menjadikannya sebagai raja Mesir pertama yang mengasingkan makan dan kuil pengebumiannya sebagai usaha megelirukan perompak. Kuil pengebumiannya pula terletak di Deir el-Bahri dimana ia merupakan Rumah Amenhotpe I yang terletak di taman dalam kuil peringatan Hatseput.

Dua lagi makan yang tidak bertanda di Lembah Raja-Raja telah dikaitkan dengan Amenhotpe I, tetapi tidak ada satu pun yang menyerupai gambaran makamnya yang direkodkan dalam Papyrus Abbott.

Kemudian mumianya telah ditanam semula oleh paderi disnati 21 selepas makamnya dirompak dan dijumpai bersama dengan mumia diraja lain di Deir el-Bahri.

Bukan itu sahaja, generasi Mesir berikutnya memuliakan Amenhotoe I di Deir el-Madina dimana dia disembah sebagai dewa tempatan sama seperti ibunya. Dia juga turut dikenali sebagai sumber rujukan ramalan pada ketika itu. Malah mereka juga menganggap Amnehotpe I dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu, Amenhotpe Bandar, Amenhotpe Kecintaan Amun, dan Amenhotpe Medan Utama.

Wajah Sebenar Amenhotpe I

Pada tahun 1930-an, beberapa ujian X-ray telah dilakukan terhadap Amenhotpe I akan tetapi kini, Ahli Radiologi iaitu Sahar Saleem dari Universiti Kaherah dan Ahli Arkeologi Zahi Hawass telah membuat kajian sepenuhnya berhubung gambaran sebenar wajah Firaun Mesir purba tersebut menggunakan tomografi komputer.

Tomografi komputer merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menghasilkan gambar foto X-ray keratan satah yang tertentu pada tubuh manusia mahupun objek yang yang diinginkan.

Setelah itu, menurut Saleem, dengan teknik tersebut mereka kemudiannya menemukan banyak ciri-ciri butiran maklumat mengenai tubuh Firaun itu termasuklah ketinggiannya iaitu 1.68 meter, dan beliau juga dikatakan telah berkhatan malah mempunyai gigi yang sangat baik.

Bukan itu sahaja, untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat, penggunaan imej tiga dimensi (3D) digilat yang agak canggih maka penyelidik pada ketika itu telah menemui satu lagi teknik iaitu mumiafikasi yang baharu dimana dia digunakan untuk firaun yang memerintah sejak tahun 1500 sebelum Masihi itu.

Apa yang lebih menarik adalah, Amenhotpe tidak mengalami sebarang penyakit atau kecederaan yang serius sehingga membawa maut dan penyelidik menganggarkan umurnya lebih kurang sekitar 35 tahun pada ketika itu. Malah, para penyelidik juga menyifatkan fakta tersebut bahawa dia sangat diperlihara oleh sekumpulan pengikut setia Amun.

Seterusnya, pada sekitar 1100 sebelum Masihi, kumpulan yang terdiri daripada pengikut setianya itu telah bertindak mengeluarkan mumia yang rosak bersama keranda lain dari kubur asal mereka dan menyembunyikan di tempat lain bagi memastikan ianya selamat daripada dirompak oleh perompak kubur pada waktu itu.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti menyatakan dalam satu kenyataan media berkata, kajian itu telah mendedahkan buat kali pertamanya wajah sebenar Raja Amenhotpe I, umurnya, keadaan kesihatannya disamping pelbagai rahsia mumia yang sangat unik dan cara pengebumian semula mumia tersebut.

Malah, analisi juga menunjukkan Amenhotpe I adalah satu-satunya firaun pertama yang telah dimumiakan dengan keadaan tangan yang bersilang dan yang terakhir  dengan cara tidak mengeluarkan otaknya daripada tengkorak kepalanya.

Imbasan CT turut dijalankan bagi mengkaji firaun yang menjalankan beberapa kempen ketenteraan semasa pemerintahnnya selama 21 tahun itu dan didapati ia tidak mengalami sebarang penyakit mahupun kecederaan yang boleh membawa maut.

Akhirnya, pada April 2021, Amenhotpe I telah membuat penampilan umum apabila ianya dibawa melalui jalan-jalan di Kaherah dalam perarakan perayaan bersama 21 mumia lainnya yang terletak di dalam gerabak berlapis emas.

Menurut sumber, dikatakan 18 firaun dan empat ratu termasuk ibunya sendiri disimpan di Muzium Mesir di Kaherah selama lebih dari satu abad dan dijangkakan akan dipindahkan ke Muzium Tamadun Mesir dan baharu dibina di selatan Kaherah.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL